PERBUATAN YANG MEWARISI KEMISKINAN DAN KEPAPAAN
Sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah swt. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah telah ditetapkan rezeki untuknya sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah swt yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.
Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disediakan oleh Allah swt dimuka bumi ini. Namun ada beberapa perkara yang menghalang kita daripada terus menikmati rezeki dari-Nya. Dalam sedar mahupun tidak, telah banyak perbuatan-perbuatan yang kita dilakukan seharian yang mampu mewarisi kemiskinan dan kepapaan.
Berikut adalah perkara-perkara yang mewarisi kepapaan mengikut beberapa karangan para alim ulama;
1) Melakukan DOSA
2) Melebihkan tidur
3) Tidur bertelanjang
4) Tidur selepas solat subuh
5) Ambil Mudah dalam setiap pekerjaan
6) Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil / dibersihkan)
7) Mengeringkan anggota badan (termasuk peluh) dengan tepi kain (pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian, gunakanlah sapu tangan
8) Membakar kulit bawang (merah / putih)
9) Menyapu rumah pada malam hari
10) Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang / dibersihkan)
10.1) Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk / hormat)
11) Membasuh tangan dengan tanah
12) Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya
13) Solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk
14) Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan
15) Bersegera keluar dari masjid
16) Pergi ke pasar pada awal-awal pagi dan melambatkan kepulangan
17) Tidak membasuh bekas makanan
18) Memadam pelita dengan mulut
19) Menyisir rambut dengan sikat yang patah.
20) Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa
21) Memakai serban ketika duduk
22) Memakai seluar ketika berdiri
23) Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
24) Membuang kahak ketika qada hajat
25) Menyapu rumah dengan kain (pakaian)
26) Cungkil gigi dengan pencungkil kayu (gunalah tali)
27) Duduk dibendul rumah
28) Duduk diantara belahan pintu
29) Berwudhu ditempat tidur
30) Makan sesuatu ketika berjunub lebih setahun yang lalu
Bagaimana? terkejut kan. Rasanya berapa banyak perkara-perkara tersebut yang telah menjadi tabiat dalam kehidupan seharian kita?
Ubahlah, andai mahukan kesenangan dan dijauhi dari kepapaan.
PALING UTAMA... jangan bermudah-mudahan dengan solat. Sesungguhnya ia akan menjurus kepada mewarisi kepapaan. Berusahalah untuk menjadikan solat kita, solat yang TIDAK SIA-SIA. Solat adalah amalan utama dan ia adalah cara kita mendekatkan diri (berkomunikasi) dengan Allah.
Sekiranya hubungan dengan Allah tidak dijaga, mana mungkin kemurahan rezeki dikurniakan kepada hambaNya.
Sumber : Dipetik dari kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) karangan Syeikh Burhanuddin al Zarnuji dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Ab.
Tag :
Islam
0 Komentar untuk "PERBUATAN YANG MEWARISI KEMISKINAN DAN KEPAPAAN"