Dikuasakan oleh Blogger.

" BABI TETAP MELAHIRKAN BABI SAMPAI BILA-BILA! "

Babi Tetap Melahirkan Babi

" BABI TETAP MELAHIRKAN BABI SAMPAI BILA-BILA! "

Kami amat tertarik dengan penulisan yang disampaikan oleh saudara Abdul Ghani Haron menerusi laman facebooknya. Penulisan yang bertajuk, "Babi Tetap Melahirkan Babi Sampai Bila-Bila".

Mari sama-sama kita baca coretan ini sebagai peringatan bersama untuk terus bermuhasabah setiap masa.

YANG HARAM, TETAP HARAM 

Sebuah lori ikan terbabas di tepi jalan dan tong ikan serta ikan berserakan. Ramai yang berhenti dan mengambil ikan. Seorang dari mereka mengangkat seekor ikan tenggiri untuk diberi kepada saya ketika saya melintas tempat itu, saya bertanya,"Encik ni tuan punya ka ?"Dia berkata,"Tidak. Ambik sajalah encik "Saya menolak. Bolehkah kita mengambil sesuatu yg bukan hak,sudahlah dia kemalangan, hartanya pula disamun sewenangnya. Banyak orang menjadi penyamun walaupun yang berketayap bila lori dengan muatan makanan terbalik.

Seorang guru besar bertanya pandangan saya pada tahun yang lalu,"Cikgu,saya dihubungi oleh seseorang menawarkan soalan bocor UPSR. Apa pandangan cikgu. Saya larang dia dari ambil, bukan kerana meragukan tetapi hukum tetap mengharamkan samada ia soalan betul atau tidak. Niat kita, berbuat tidak baik, perbuatan kita, menjadi dosa.Memang bukan kita yang membocorkan tetapi kita bersekongkol mengambil faedah dari kerja jahat. Babi tetap melahirkan babi walau sepuluh keturunan pun.

Seorang penyeludup pakaian dari sempadan dikejar oleh unit pencegah penyeludupan. Dalam masa melarikan diri dengan kenderaan yang memuat barang seludup, mereka membaling keluar pakaian ditepi jalan untuk mengelak dari ditangkap bersama barang seludup. Orang ramai yang lalu dijalan itu telah memungut pakaian yang dibuang tersebut. Apa hukumnya? Tetap berdosa kerana mengambil faedah dari kerja jahat orang lain. Apa yang gugur dari tangki lori pengangkut najis, tetaplah najis.

Tiga insiden yang dicerita diatas antara contoh dimana orang memandang ringan hal hukum mengambil hak tanpa izin dan meletak hukum ditangan sendiri,pada akal sendiri. Banyak orang yg memandang mencuri itu bila kita secara senyap dan tidak diketahui mengambil hak orang,kalau ambil terang-terang bukan mencuri.Ada yg bagi alasan orang lain ambik, akupun ambiklah.Jadi orang lain masuk neraka,akupun masuk nerakalah. Begitu?

Seperkara lagi, kita tidak boleh mengambil manfaat dari kerja jahat atau kerja khianat orang lain. Contoh diatas orang lain yg menyeludup,kita tidak boleh mengambil barang yg dibuang oleh mereka, orang lain yg bocorkan soalan, kita tidak boleh tumpang sekaki ambil faedahnya. Dosa sama sahaja. 

Begitu juga kerja copy paste yang membuang hak milik bermula dengan seorang yang khianat yang membuang nama penulis. Maka kita tidak semudahnya menjawab, saya copy saja dari group lain yg memang tiada nama. Tidakkah kita berkongsi dosa dengan orang yang pertama yang memulakan kerja khianat? 

Fikirkanlah sebelum copy artikel yang tiada nama terutama yang berbentuk karya. Jika ia berbentuk ilmu yg umum,hukum hakam,mungkin dibolehkan. Sedangkan memetik hadis pun kita menulis periwayat, memetik kitab pun kita tulis ulamak pengarangnya,sedangkan imam Nawawi, imam Ghazali dan lainnya pun menulis nama pada kitab mereka, apakah kita lebih waraq untuk berkata ilmu kena kongsi, tak perlu nama,ilmu hak Allah,tak boleh mengaku hak kita.Ini bukan waraq,ini warkaq,berlagak alim dari buku komik,mengharus yang haram kerana mereka suka melakukannya.

Telitilah dalam hidup. Jangan terpengaruh oleh nafsu dan akal semata, rujuklah kpd hukum sebelum mengambil keputusan.Walau setinggi mana ilmu kita,segiat mana kerja kebajikan kita,sebesar mana serban kita,selabuh mana jubah kita, hukum kena dipegang bukan akal kita yg penuh dengan alasan utk memberi faedah kepada diri.

0 Komentar untuk "" BABI TETAP MELAHIRKAN BABI SAMPAI BILA-BILA! ""

Back To Top