Dikuasakan oleh Blogger.

VIDEO : KES BULI DI KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Buli di kolej vokasional Tengku Ampuan Afzan


KES BULI DI KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Selepas banyaknya berlaku di sekolah-sekolah, kes buli kini telah menular ke kolej. Menerusi laman sosial pada 1 Jun 2015, kini tersebar lagi rakaman kes buli melibatkan sekumpulan pelajar di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang.. Difahamkan, insiden itu berlaku susulan mangsa (pelajar dibuli) dipercayai mencuri barang milik salah seorang dari pembuli. Bagaimanapun, tindakan sekumpulan pelajar terbabit yang memukul mangsa mendapat kecaman hebat dilaman sosial.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di asrama sekolah berkenaan, mangsa hanya mampu melindungi mukanya dengan tangan daripada dipukul oleh beberapa pelajar yang lain.

Video berdurasi 21 saat itu dirakam oleh seorang pelajar kolej berkenaan dan dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Adam Aki, yang meminta orang ramai menyebarkannya agar pelakunya dikenakan tindakan tegas.

Video Rakaman Kes Buli Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan


Tag : Semasa
0 Komentar untuk "VIDEO : KES BULI DI KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN"

Back To Top