Dikuasakan oleh Blogger.

AMALAN DAN KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Malam Nisfu Syaaban
Malam Nisfu Syaaban
AMALAN DAN KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Bagi umat Islam seluruh Malaysia yang betul-betul peka dengan kalendar Hijrah pasti akan mengetahui malam apakah pada malam ini. 1 Jun 2015 (Isnin), jatuhnya malam Nisfu Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan atau hari ke-15 dalam bulan Syaaban mengikut kalender Hijrah.

Pengertian Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh atau setengah) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban 1436 Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan buku amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Bulan Syaaban di antara bulan yang mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu kerana hampirnya ia dengan Ramadhan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.

Malah pada pertengahannya (Nisfu Syaaban) antara malam dinantikan oleh umat Islam kerana dalam hadis (hadith) riwayat ada mengatakan mengenai rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT pada malam Nisfu Syaaban.


AMALAN-AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Tiada amalan khusus yang ditetapkan pada malam Nisfu Sya’ban, namun kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti solat sunat, Qiamullail, berdoa memohon keampunan, berpuasa, berzikir/selawat dan membaca Al-Qur’an (Surah Yasin 3x).

Dalam hadis sahih ada menyebut tentang kebaikan dan kelebihan malam Nisfu Syaaban. Namun, umat Islam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran yang menanti jika mengerjakan amalan-amalan tertentu ataupun dikhaskan pada malam Nisfu Syaaban yang kononnya berpandukan hadith terutamanya menerusi bacaan di internet. 

Ini kerana kebanyakkan ganjaran atau amalan yang dikatakan 'wajib' dilakukan pada malam Nisfu Syaaban seperti didakwa bersandarkan hadis itu adalah diragui dan tidak sahih ataupun palsu. Tiada amalan yang wajib dilakukan, sebaliknya apa sahaja ibadah dan kebajikan yang dibuat pada malam itu mendapat pahala semuanya.

Video Keterangan Malam Nisfu Syaaban oleh Ustaz Azhar Idrus



Apa yang anda cari :

- malam nisfu sya'ban adalah - nisfu sya'ban tukar buku amalan
- malam nisfu sya'ban 2015 - amalan malam nisfu syaaban - malam nisfu syaban
- doa nisfu syaaban - keutamaan malam nisfu sya'ban - malam nisfu syaaban kelebihan
Tag : Islam
0 Komentar untuk "AMALAN DAN KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN"

Back To Top