Dikuasakan oleh Blogger.

PERCAYALAH ! " SAMPAI KIAMAT PUN, KPDNKK TAKKAN SERBU PETALING STREET "

KPDNKK rampas barang

Sepasukan pegawai KPDNKK Sarawak ketika membuat serbuan di dua premis di Serian, Kuching, Sarawak. Jumlah nilai rampasan di kedua-dua premis ini dianggaarkan sebanyak RM89,930.00. Manakala gambar (kiri) KPDNKK Johor serbu kilang roti canai dan merampas 5,275kg tepung dengan sebanyak RM7,385.

PERCAYALAH ! " SAMPAI KIAMAT PUN KPDNKK TAKKAN SERBU PETALING STREET "

Demikianlah dakwaan netizen yang melihat operasi KPDNKK yang giat menjalankan operasi merampas barang-barang tiruan yang dijual secara berleluasa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. 

"Sampai kiamat pun KPDNKK tak akan serbu Petaling Street. Saya berani cabar KPDNKK kalau betul pegawai mereka anak jantan. Biar bermandikan darah serbu Petaling Street. Ini tidak, KPDNKK 'makan' kaum sendiri yang tidak memberi 'keuntungan kepada KPDNKK berbanding Petaling Street yang memberi bayaran 'perlindungan' setiap bulan," dakwa individu mengguna nama Harimau Malaya di Facebook.

Kemarahan orang ramai khususnya orang Melayu semakin memuncak semenjak KPDNKK dilaporkan telah menyerbu Uptown Shah Alam sehingga menyebabkan ramai peniaga Uptown yang terpaksa berputih mata.

Bukan itu sahaja, malah netizen juga turut menyenaraikan beberapa tempat yang juga didapati menjual barang-barang tiruan seperti Kenanga Mall, GM Mall cawangan Kuala Lumpur dan Klang, Petaling Street. Anehnya, keempat-empat nama yang didedahkan ini dikatakan tidak pernah diganggu oleh KPDNKK.

Justeru orang ramai beranggapan KPDNKK telah dibayar untuk membiarkan mereka menjual barangan yang tidak original.

"Dah nak puasa dan raya, biarlah peniaga Melayu Islam cari makan. Jika betul nak buat operasi, mulakanlah dengan Petaling Street dan selepas itu baru laksanakan 1 Malaysia," kata Nabila Daniel yang tidak bersetuju dengan tindakan KPDNKK.


Jika benar seperti yang didakwa, sikap berat sebelah KPDNKK ini tidak mencerminkan ketelusan dan menjejaskan imej KPDNKK yang dianggap lemah dan menjalankan operasi terpilih terhadap peniaga berbangsa Melayu sahaja.

- Thehypemedia.com -

Tag : Semasa
1 Komentar untuk "PERCAYALAH ! " SAMPAI KIAMAT PUN, KPDNKK TAKKAN SERBU PETALING STREET ""


info yang bermanfaat dari blog ni. memang best

Back To Top