Dikuasakan oleh Blogger.

JANGAN PERCAYA!!! AMARAN TSUNAMI & GEMPA BUMI MELANDA MALAYSIA PALSU!

Amaran gempa bumi-tsunami malaysia palsu

JANGAN PERCAYA!!! AMARAN TSUNAMI & GEMPA BUMI MELANDA MALAYSIA PALSU!

Kecoh di media sosial dengan penyebaran khabar angin yang mendakwa Malaysia akan dilanda bencana Tsunami dan Gempa Bumi dalam tempoh 36 jam. 

Menerusi portal The Rakyat Post, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa gempa bumi dan tsunami akan melanda negeri Pahang dalam masa 36 jam.

Dalam kenyataannya hari ini, jabatan itu menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial berhubung kejadian itu dan ia adalah TIDAK BENAR.

Amaran gempa bumi-tsunami malaysia palsu

“Khabar angin yang telah tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan dari MetMalaysia,” tegas MetMalaysia dalam kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin membuat pengesahan maklumat, boleh merujuk laman sesawang MetMalaysia http://www.met.gov.my atau di laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia atau Met Malaysia Hotline di talian 1300221MET (1638).
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "JANGAN PERCAYA!!! AMARAN TSUNAMI & GEMPA BUMI MELANDA MALAYSIA PALSU!"

Back To Top