Dikuasakan oleh Blogger.

AYUH! LAKUKAN 5 PERSIAPAN INI UNTUK MENGHADAPI BULAN RAMADHAN NANTI


AYUH! LAKUKAN 5 PERSIAPAN INI UNTUK MENGHADAPI BULAN RAMADHAN NANTI

Bulan yang ditunggu-tunggu buat hamba Allah yang benar-benar mengejar ganjaran pahala kini datang kembali. Tidak lama umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Pejam celik pejam celik, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Oleh itu, ayuh lakukan persiapan diri untuk ibadah puasa nanti. Terutama kesihatan. Sekiranya kesihatan kita berada dalam keadaan baik, insyaallah akan dapat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini dengan sempurna.

Ketika 1-2 hari sebelum tibanya bulan Ramadhan, janganlah pula anda mengambil makanan terlalu banyak kerana beranggapan "Oh! dah nak puasa... jom berpesta makanan. Esok tak boleh makan dah..". Itu amat tidak bagus kerana 'kejutan perut' mungkin berlaku. Di mana anda akan berasa tersangat lapar ketika berpuasa sedangkan anda sudah makan terlalu banyak sebelum itu. Eloknya latih diri kita untuk berpuasa sebelum Ramadhan.

Di dalam bulan Ramadhan, seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini diterangkan dengan jelas dalam ayat 183, surah Al-Baqarah yang membawa maksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

Ramadhan malaysia 2015

Terdapat banyak persiapan yang boleh anda dibuat. Antaranya ialah :

1. Membetulkan niat dan azam sebelum memasuki bulan Ramadhan. 

Niat dan azam perlulah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Berazamlah untuk menjadikan bulan Ramadhan kali ini satu bulan yang terbaik untuk diri kita. Misalnya, kita boleh berazam untuk menjalani ibadah puasa yang tinggi kualitinya. Jadi, tekadkan dalam diri untuk merebut semua peluang kebaikan yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan ini.

2. Ambillah peluang untuk meningkatkan potensi diri dalam bulan yang penuh cabaran ini

Segala kekangan yang biasa mengongkong diri perlu diatasi dan usaha ini perlu diteruskan walaupun bulan Ramadhan telah berlalu. Sebagai contoh, sifat malas, leka dan lemah mesti cuba diatasi. Apabila proses ini dilakukan secara berterusan, maka potensi diri seseorang individu dapat dipertingkatkan.

3. Mengeratkan hubungan sesama insan. 

Dalam konteks ini, hubungan kekeluaragaan dan kejiranan menjadi fokus utama. Sematkan dalam hati untuk lebih kerap berbuka puasa dan beribadat bersama keluarga dan jiran tetangga. Jika ini berjaya dilakukan maka hubungan sesama ahli keluarga dan insan yang lain akan menjadi semakin rapat dan harmoni.

4. Dari segi kesihatan juga, seseorang itu perlu membuat persiapan tertentu. 

Ada juga sesetengah individu yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak memungkinkan dia berpuasa. Selain itu, ada juga sesetengah orang yang bergantung kepada ubat tertentu untuk merawat penyakit. Oleh itu berpuasa mungkin akan mengganggu waktu pengambilan ubat dan sebagainya. Golongan sebegini perlu mendapatkan nasihat dari doktor masing-masing dan mungkin beberapa pengubahsuaian boleh dilakukan. Walaubagaimana pun, janganlah terus meninggalkan ibadat berpuasa kerana ini amat merugikan.

5. Faktor kewangan juga perlu diambil kira. 

Persediaan dari segi kewangan juga perlu dilakukan. Pada bulan Ramadhan ini, kita lebih kerap makan di rumah dan menyediakan pula pelbagai juadah berbuka puasa. Oleh itu, perbelanjaan untuk perkara ini juga perlu diteliti dan dikawal agar tidak melampaui batas. Segala bentuk pembaziran perlulah dielakkan agar keberkatan bulan Ramadhan tidak disia-siakan.


Sekian, Semoga anda semua berkesempatan dan mampu menghadapi ibadah puasa pada tahun ini. Selamat berpuasa!
Tag : Islam
0 Komentar untuk "AYUH! LAKUKAN 5 PERSIAPAN INI UNTUK MENGHADAPI BULAN RAMADHAN NANTI"

Back To Top