Dikuasakan oleh Blogger.

TONTON ONLINE DRAMA HATI PEREMPUAN EPISODE 13 (TV3)

Hati Perempuan (TV3)


TONTON ONLINE DRAMA HATI PEREMPUAN EPISODE 13 (TV3)

Bermulanya pada 30 Mac 2015, drama baru berjudul Hati Perempuan ditayangkan di slot Akasia TV3. Drama bersiri yang diadaptasikan daripada sebuah novel karya Nur Ain Al-Abbas ini, kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Gandingan pelakon muka baru Mia Ahmad (Yuhanis) bersama Syarul Ridzwan (Tengku Zaril) ini telah menciptakan fenomena dikalangan peminat drama tempatan.

Antara barisan pelakon yang turut membintangi drama ini ialah Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, Lia Asmizz, Hazwan Halim, Kuna Muzani, Ryiena Ismail, Khatijah Tan, Aidil Aziz, Hanafi Rahman. Drama terbitan Creative Skill Solution ini mempunyai 28 episode.

Yuhanis & Tengku Zaril


SINOPSIS DRAMA HATI PEREMPUAN ( EPISOD 13)

Drama ini mengisahkan hati seorang perempuan, (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhani. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan. Tengku Zaril, hatinya kosong dengan erti cinta sebenar. Dia tidak suka memikirkan soal perempuan kerana pernah dikecawakan dan beranggapan perempuan sebagai pisau cukur.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba terpikat pada Yuhanis sejak pertama kali memandangnya. Dia mula menunjukkan minatnya terhadap Yuhanis dengan memberikan pelbagai hadiah. Akibat didesak oleh keluarga untuk membina mahligai, Tengku Zaril kemudiannya melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Hasrat Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam), bekas kekasihnya. Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril.

Pada ketika itu,Yuhanis mula menjalinkan hubungan bersama rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz). Bagaimanapun, dia tidak dapat memahami hatinya kerana keliru antara kawan dengan cinta. Akhirnya dia menerima Tengku Zaril sebagai teman hidupnya.

Namun, dalam membuka lembaran kebahagiaan rumah tangga, bekas kekasihnya Daniel Idrus, kembali dalam hidupnya. Bakal bersatukah dua jiwa ini? Adakah Yuhanis masih berpaut pada cinta lamanya? Mampukah Tengku Zaril memahami Yuhanis dan memiliki hatinya...? Saksikan segalanya dalam drama bersiri Hati Perempuan di slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 6.55 petang.


Bagi anda yang terlepas menyaksikannya di kaca tv, anda juga boleh menonton secara online menerusi perkongsian video (setiap episod) di laman ini.

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episod 13 - Akasia TV3



Tag : Drama
0 Komentar untuk "TONTON ONLINE DRAMA HATI PEREMPUAN EPISODE 13 (TV3)"

Back To Top