Dikuasakan oleh Blogger.

PUNCA SEBENAR LELAKI TUA DITERAJANG PEMUDA DI KEDAI MAKAN


PUNCA SEBENAR LELAKI TUA DITERAJANG PEMUDA DI KEDAI MAKAN


Semalam, kecoh di media sosial apabila sebuah video yang memaparkan kebiadapan seorang pemuda yang menerajang seorang lelaki warga emas sehingga terjatuh di sebuah kedai makan. Aksi 'terajang' itu berjaya dirakam oleh seorang pelanggan di kedai tersebut.

Video yang dimuat naik pada 26 April 2015, oleh seorang wanita bernama Rubyshah itu di laman Facebook bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar kejadian. Video itu terus viral selepas itu. Rata-rata pengguna facebook mengutuk keras perbuatan pemuda terbabit.


Salam semua...saya nak share satu video...kesian pakcik tu yg xbersalah apa apa pun..kebiasaannya...beliau datang ke kedai saya...tapi mungkin kedai saya lambat bukak...tu dia pegi kedai org thailand tu...rasa geram pun ada wajarkah orang muda seperti itu lakukan pd org tua..yg krg ckit tu...
Posted by Anna Rubysha on Sunday, April 26, 2015


Bagaimanapun, tampil seorang wanita bernama Norhashimah Saad menerangkan cerita yang sebenarnya yang berlaku di ruangan komen facebook itu.

"27 April 2015, baru balik jumpa dengan Pian dan keluarga dia. Sebenarnya kes ini terjadi sebab pakcik itu yang tampar anak dia. Masa ibu dia tanya, dia menangis-nangis tu, dia kata pakcik tu tampar dia.

"Yang si Pian pun tanyalah pakcik tu. Pakcik tu angguk mengaku. Itu yang Pian marah sangat tu.

"Pian nangis akui kesilapan dia. Bila dia tengok balik video tu, dia sendiri kata jahatnya dia waktu tu.



"Masa salam tu nampak tak berapa kemas sebab tangan pakcik tu sakit. Dia menyesal sangat-sangat. Kes berlaku pada hari Jumaat dalam pukul 3 petang.

"Hari Sabtu malam tu, ada orang dah datang pukul dia. Itu yang buat dia lagi takut.

"Insha Allah satu perjumpaan lagi sekali akan diadakan bersama keluarga pakcik itu untuk mohon maaf sekali lagi.

"Dia dah minta maaf dengan pakcik tu. Sekian report saya," katanya menjelaskan hal sebenarnya yang kini telah menjadi kes polis.


Kejadian dikatakan berpunca dan bermula daripada lelaki tua terbabit menampar anak lelakinya (mungkin anaknya nakal & ada buat salah). Kesabaran hilang dalam diri pemuda itu apabila lantas bertindak kejam terhadap orang tua. Biarpun pakcik tua itu buat salah, namun, tidak patut diperlakukannya sedemikian.

Namun begitu, kes ini dianggap telah selesai dengan pendamaian antara pelaku dan pakcik tua itu. Pakcik itu telah pUn memaafkan si pemuda itu..




Assalamualaikum dan salam sejahtera...Info yang Sk terima berkenaan dengan pak cik yg dipukul tu.. Mereka berdua telah berdamai dan si pelaku sudah meminta maaf dengan pak cik tersebut dan pak cik tersebut pun sudah maafkan dia..Si pelaku menyesal dengan perbuatan dia. Selepas kejadian katanya ada org telah datang pukul si pelaku sbb tindakan dia pukul pak cik tu...Punca kejadian budak tu ngadu ckp pak cik tu tampar dia..si pelaku tanya pak cik betul ke pak cik tu tampar... dan pak cik tu angguk... Sebab geram si pelaku terus pukul pak cik tersebut.Apapun mereka sudah berdamai..Perjumpaan untuk kali kedua telah diatur untuk berjumpa pak cik dan keluarga dia untuk memohon maaf sekali lagi..Video Pian minta maaf kepada pak cik tersebut
Posted by Siakap Keli on Sunday, April 26, 2015


Sungguhpun begitu, ramai tetap menganggap tindakan lelaki itu sangat kasar dan biadab tidak boleh dimaafkan kerana sanggup menerajang orang tua yang memiliki kudrat tidak segagah dirinya.

- INFOKINI -
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "PUNCA SEBENAR LELAKI TUA DITERAJANG PEMUDA DI KEDAI MAKAN"

Back To Top