Dikuasakan oleh Blogger.

12 GAMBAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN ANAK NAJIB YANG MEWAH DI KAZAKHSTAN. #NAJIB JOGET SAKAN


10 GAMBAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN ANAK NAJIB YANG MEWAH DI KAZAKHSTAN


Berbeza suasananya di Malaysia, majlis resepsi perkahwinan anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Nooryana Najwa Datuk Seri Najib Tun Razak, disambut dengan kemeriahan dan kemewahan sebelah pihak lelaki di Almaty, Kazakhstan. Pasangan pengantin Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayer diraikan selama 2 hari berturut-turut dalam satu majlis persandingan yang gilang-gemilang.

Bunga menjadi tema majlis 'sambut menantu' di Kazakhstan juga sepertimana bunga menjadi tema di majlis perkahwinan belah perempuan yang diadakan di KLCC dan Pusat Dagangan Dunia Putra pada bulan lalu.

Menggabungkan elemen moden dan tradisi Kazakhstan atau 'Betashar', majlis berlangsung meriah dengan dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta 250 tetamu dari Malaysia. - (Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri)

Berikut Gambar-gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Belah Menantu Najib Di Almaty, Kazakhstan :













Nooryana dan Daniyar, masing-masing berusia 27 tahun, bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat, dan mengikat tali pertunangan pada 2011.

VIDEO : NAJIB & ROSMAH BERJOGET SAKAN DI KAZAKHSTAN




Inilah PM kita....

Baru-baru ini, Tun Mahathir turut mengkritik majlis perkahwinan anak Najib yang disambut dengan serba kemewahan, dengan menyifatkannya sebagai "perkahwinan abad ini". 

"Tetapi bila mereka pergi ke Kazakhstan dengan 300 orang, (ia) tak dilaporkan oleh media arus perdana. 

"Siapakah 300 orang ni?" tanya bekas perdana menteri itu di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' di Kuala Lumpur.


Tatkala GST sedang mengganas meragut isi poket rakyat yang menyebabkan kehidupan begitu tertekan rupa-rupanya lain hal yang berlaku di Kazakhstan. Najib dan Rosmah berjoget sakan meraihkan keseronokkan. Situasi yang sama berlaku ketika bencana banjir melanda di Malaysia, Najib leka bermain golf bersama Obama... Inikah yang dinamakan "Rakyat Didahulukan..."? Tepuk dada, buka minda..

- INFOKINI -
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "12 GAMBAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN ANAK NAJIB YANG MEWAH DI KAZAKHSTAN. #NAJIB JOGET SAKAN"

Back To Top