Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PIALA FA 2015 : TERENGGANU VS PERAK 21 APRIL 2015

Piala FA 2015 - Terengganu VS Perak

KEPUTUSAN PIALA FA 2015 : TERENGGANU VS PERAK 21 APRIL 2015

Sekali lagi pertembungan antara pasukan Terengganu bersama Perak bagi saingan Piala FA Malaysia 2015 bagi perlawanan suku akhir kedua (2) [timbal balik]. Kedua-dua pasukan terikat keputusan 1-1 selepas seri pada perlawanan suku akhir pertama.

Perlawanan yang berlangsung pada Selasa, 21 April 2015, ini merupakan perlawanan penentuan bagi kemaraan ke peringkat separuh akhir kejuaraan Piala FA 2015. Perlawanan bermula jam 8.45 malam di Stadium Ipoh, Perak yang disiarkan secara langsung (LIVE) di saluran TV9.

KEPUTUSAN TERKINI PERAK VS TERENGGANU SUKU AKHIR KE-2 PIALA FA - 21.4.2015

● TERENGGANU (3) 2-0 (1) PERAK
Goal:
21' Paulo Rangel
54' Issey Nakajima-Farran

* Keputusan mengikut agregat dalam kurungan.

Terengganu berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala FA 2015 selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Ipoh menerusi keputusan agregat 3-1.

Piala FA 2015-Terengganu

Jaringan pertama Terengganu dibuka pada minit ke-21 menerusi tandukan rendah Paulo Rangel yang menerima hantaran daripada Norshahrul (Mat Yo). Seterusnya, rembatan kemas pemain import, Issey Nakajima-Farran di minit ke-56 permainan berjaya mencipta jaringan kedua buat Terengganu dan gol sulung buat dirinya. 

Kemenangan skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu sekaligus melupakan kekecewaan ketika tewas ditangan Felda pada edisi kejuaraan Liga Super sabtu lalu. Terengganu dijangka akan bertemu LionsXII untuk aksi separuh akhir nanti, berdasarkan prestasi baik Lions berbanding pasukan JDTII.

VIDEO HIGHLIGHT GOL TERENGGANU VS PERAK [ SUKU AKHIR KE-2 PIALA FA 2015


Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PIALA FA 2015 : TERENGGANU VS PERAK 21 APRIL 2015"

Back To Top