Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PIALA FA 2015 : KELANTAN VS SIME DARBY 21 APRIL 2015

Piala FA 2015 - Kelantan vs Sime Darby

KEPUTUSAN PIALA FA 2015 : KELANTAN VS SIME DARBY 21 APRIL 2015

Perlawanan timbal balik pada aksi saingan suku akhir kedua antara Kelantan menentang Sime Darby pada 21 April 2015. Perlawanan perhitungan ini bermula jam 8.45 malam di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Disiarkan secara langsung (LIVE) di RTM saluran TV2.

KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS SIME DARBY - SUKU AKHIR ke- 2 PIALA FA 21.4.2015

● KELANTAN (4) 3-0 (1) SIME DARBY
Goal:
40' Badhri Radzi (penalti)
57' Austin Amutu
74' Erwin Carrillo

* Keputusan mengikut agregat dalam kurungan.

Kelantan mara ke separuh akhir Piala FA 2015 selepas membelasah Sime Darby 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Jaringan itu menjadikan Kelantan melangkah bergaya ke peringkat separuh akhir menerusi agregat 4-1.

Piala FA 2015-Kelantan

Kelantan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Badhri Radzi pada minit ke-40 sebelum skuad kendalian Azraai Khor Abdullah itu menambah dua lagi gol pada babak kedua hasil jaringan Austin Amutu pada minit ke-57 dan Erwin Carrillo minit ke-74.

Kemenangan itu berjaya menghidupkan semula semangat pemain serta penyokong Kelantan yang ketika ini prestasinya merundum pada kempen Liga Super 2015.

Juara 2012 dan 2013 itu menanti pasukan Pahang di separuh akhir. Pahang dilihat lebih cerah untuk mara jika dilihat keputusan bersama Pulau Pinang pada aksi suku akhir pertama baru-baru ini.
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PIALA FA 2015 : KELANTAN VS SIME DARBY 21 APRIL 2015"

Back To Top