Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 22 APRIL 2015

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 22 April 2015

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 22 APRIL 2015

Saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi Rabu, 22 April 2015. Perlawanan penentuan (timbal balik) melibatkan pertembungan pasukan Bayern Munich bersama Porto dan PSG menentang Barcelona.


UCL-2015-Bayern-Munich

Juara 2013, Bayern Munich bangkit selepas ketinggalan 2 gol ke atas Porto ketika aksi suku akhir pertama, Khamis lalu. Bayern Munich tampil garang dalam usaha untuk layak ke peringkat suku akhir apabila meledak enam gol dengan berbalas satu di Allianz Arena awal pagi tadi.

Jaringan pertama Bayern dibuka seawal minit ke-14 menerusi tandukan Thiago Alcantara dihadapan pintu gol Porto. Jaringan kedua pula menerusi Jerome Boateng yang berjaya menanduk masuk bola selepas menerima hantaran sudut pada minit ke-21 permainan. Enam minit selepas itu, Lewandowski pula menjaringkan gol ketiga Bayern, juga menerusi tandukan.

Di minit ke-36, Thomas Muller menambah jaringan keempat selepas rembatannya tertampan pemain Porto sekaligus mudah mengelirukan penjaga gol. Belum tamatnya babak pertama perlawanan, Lewandowski sekali lagi mengegarkan gawang Porto untuk terus menjarakkan jurang. Pasukan pelawat hanya mampu meraih jaringan saguhati menerusi Martinez pada minit ke-73. Beberapa minit sebelum tiupan wisel penamat, Xabi Alonso melengkap jaringan. Bayern mara bergaya ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2015 dengan kemenangan agregat 7-4 ke atas Porto.

UCL-2015-Barcelona

Sementara itu, pendahulu La Liga Barcelona, juga meraih kemenangan mara ke separuh akhir selepas mudah menundukkan PSG di Camp Nou. Barcelona berjaya mencatatkan keputusan 2-0 ke atas PSG dan menang secara agregatnya (5-1).

Kedua-dua gol Barca disumbangkan oleh Neymar pada babak pertama perlawanan. PSG pulang hampa setelah gagal meraih sebarang jaringan biarpun memiliki pemain terbaik seperti Zlatan Ibrahimovic.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berlangsung pada 22 April 2015:

● BAYERN MUNICH (7) 6-1 (4) PORTO
Goals:
14' Thiago Alcantara
21' Jerome Boateng
27' 40' Robert Lewandowski
36' Thomas Muller
73' Martinez
88' Xabi Alonso

● BARCELONA (5) 2-0 (1) PSG
Goals:
14' 34' Neymar


Keputusan UCL-22-4-2015


Perlawanan awal Khamis nanti, (23 April 2015) -

● Real Madrid vs Atletico Madrid -

● Juventus vs AS Monaco -
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 22 APRIL 2015"

Back To Top