Dikuasakan oleh Blogger.

ALVIN TAN BIADAP LAGI ! KALI INI, HINA AZAN

Alvin Tan Hina Azan

ALVIN TAN BIADAP LAGI ! KALI INI, HINA AZAN

Blogger s-eks kontroversi, Alvin Tan, sekali menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh Malaysia apabila bertindak biadab dengan merakam ‘lagu Azan’ yang di muat naik di akaun Facebook miliknya.  Dia merakam 'video parodi' yang jelas ingin mempersendakan laungan Azan untuk mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

Video parodi berdurasi 2 minit 50 saat itu dilaungkan dengan bunyi piano dengan kononnya dirakam di Mekkah, Arab Saudi. Video berjudul ‘Muslim Call to Prayer – Azan (R&B cover)’ itu kemudiaannya mendapat kecaman hebat orang ramai, termasuk orang bukan Islam.

Alvin-Tan-Hina-Islam-Dan-Azan

Have you had your dose of Allahuakbar for the day!? This is dedicated to the one and only true God, Allah s.w.t, peace be upon Him! And please don't badger me about the wrong lyrics. First, this is a cover, so creative modification is permitted. Second, I ain't a suicide bomber aight," katanya menyindir umat Islam di Malaysia yang didakwanya begitu taksub dengan agama Islam.

Katanya lagi, 'muzik' dan rakaman video itu diterbitkan agar seluruh masjid di Malaysia memainkan 'laungan azan' nya itu dari menggunakan khidmat orang tua melaungkan azan di mikrofon masjid dan bersusah payah meneran suara mereka. Alvin berpendapat, lelaki tua seperti itu patut direhatkan.

My latest goal is to get all mosques in Malaysia to play my cover instead of having them old geezers hunched over the mics, straining their vocal chords and cracking their voices. Let them geezers rest already... preferably in eternal peace.
ALLAHUAKBAR! #Islam #ReligionOfPeace — at Mekkah, Saudi Arabia.


Dari perspektif pengguna Facebook bukan Islam pula, mereka turut kecewa dengan perbuatannya dan menyifatkan amat keterlaluan kerana tidak menjaga sensitiviti agama.

Di akhir statusnya itu, Alvin Tan turut meletakan hashtag #Islam #ReligionOfPeace serta lokasi video itu bertempat di Makkah, Arab Saudi.

Facebook-Alvin-Tan

Alvin Tan turut memberikan respon ke atas komen-komen yang disuarakan, bagaimanapun dia dilihat tidak menyesal ataupun mengaku kesilapannya merakam video tersebut dan memuat naik di akaun Facebook miliknya untuk tontonan umum.

Komen-Alvin-Tan

Sebelum ini, Alvin Tan telah menimbulkan kontroversi terhadap agama Islam dengan menghina bulan Ramadhan juadah 'Sup Herba Rusuk Babi'. Bagaimanapun, dia telah melarikan diri ke luar negara ekoran takut berdepan dengan hukuman mahkamah di Malaysia.

VIDEO ALVIN TAN HINA AZAN

Tag : Semasa
1 Komentar untuk "ALVIN TAN BIADAP LAGI ! KALI INI, HINA AZAN"

AWAS ALVIN !!
Lu Musti Baca Ini Bende >>> CLICK HERE !!<<<

Back To Top