Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH UCL 16 APRIL 2015


KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 16 APRIL 2015

Perlawanan bola sepak kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) peringkat suku akhir pertama telah berlangsung pada awal pagi Khamis (16 April 2015). Perlawanan suku akhir pertama yang melibatkan dua venue itu menemukan pasukan Barcelona menentang PSG dan Bayern Munich bersaing bersama Porto.

UCL-Barcelona-PSG

Aksi perlawanan antara gergasi Sepanyol, Barcelona menentang jaguh Perancis, PSG mencatatkan keputusan 3-1 di Parc des Princes, Perancis. Barcelona berjaya meraih kemenangan bergaya itu sekaligus memberi peluang tipis buat PSG untuk layak ke separuh akhir kejohanan Liga Juara-Juara ini.

Dua ledakan gol dari Luis Suarez dan satu daripada Neymar membantu kemenangan buat Barcelona. Jaringan pertama dibuka oleh Neymar pada minit ke-18 selepas hantaran baik daripada Lionel Messi. Suarez menjaringkan gol kedua pada babak kedua perlawanan, selepas mengelecek dan mudah mengalahkan pertahanan PSG di minit ke-67.

Manakala, jaringan ketiga Barcelona yang disumbangkan oleh Suarez pada minit ke-79 selepas kelonggaran yang ditunjukkan pertahanan PSG yang seterus mudah mengalahkan penjaga gol, Sirigu. PSG sekadar meraih satu gol hasil jaringan sendiri oleh Mathieu susulan rembatan Gregory van der Wiel lapan minit sebelum tiupan wisel penamat. Barcelona berjaya meleburkan rekod tanpa kalah PSG dalam 34 perlawanan saingan Eropah yang tercipta sejak 2006.


UCL-Porto-Bayern Munich

Sementara itu, Porto melakukan kejutan ke atas kunjungan Bayern Munich dengan catatan keputusan 3-1, pada aksi suku akhir kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Estádio do Dragão. Porto berjaya mencipta jaringan pertama menerusi sepakan penalti oleh Ricardo Quaresma seawal minit ke-3 permainan. Jaringan kedua Porto pantas diraih, sekali lagi menerusi Quaresma dalam tempoh 10 minit aksi bermula.

Bagaimanapun, Thiago Alcantara berjaya mendapatkan jaringan pertama Bayern pada minit ke-28. Namun, usaha juara lima kali itu untuk merapatkan jurang musnah apabila Porto meledak gol ketiga pada minit ke-65 menerusi Martinez akibat kesilapan pertahanan, Jerome Boateng. Porto dilihat berpeluang untuk mara ke separuh akhir selepas memiliki kelebihan 2 gol dihadapan Bayern. Faktor kekalahan jaguh jerman itu adalah disebabkan oleh masalah kecederaan pemain utama mereka.

Perlawanan timbal balik yang menentukan kemaraan pada peringkat seterusnya pada Rabu depan.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berlangsung pada 16 April 2015:

• Porto 3-1 Bayern Munich
Goals:
3' (P) 10' Ouaresma
28' Thiago Alcantara
65' Martinez

• PSG 1-3 Barcelona
Goals:
18' Neymar
67' 79' Suarez
82' Mathieu (OG)

Keputusan UCL 16 April 2015

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH UCL 16 APRIL 2015"

Back To Top