FAD BOCEY DIKUTUK KAHWINI WANITA CANTIK. ABAM TAMPIL GENIUS !
Fad Bocey dikutuk kerana menikahi wanita cantik. Ia ekoran daripada rakan sekumpulannya Abam Bocey, yang memuatnaik gambar saat-saat bahagia Fad dalam laman Instagram miliknya sabtu lalu.
Seorang pengikut Instagram Abam, mengutuk gambar bersanding Fad Bocey dan menggelar isterinya itu sebagai 'buta' kerana memilih Fad sebagai teman hidup. Kutukan yang dilontarkan oleh lelaki itu memang tampak agak kasar.
Namun, sebagai sahabat karib, Abam tampil genius apabila dia memuat naik komen lelaki itu di laman sosial tersebut yang disertakan dengan kepsyen memerli lelaki yang dikenali sebagai Ariel Zakwan. Bagaimanapun, akaun lelaki itu nampaknya telah dipadam, mungkin kerana malu dan takut berdepan dengan kritikan netizen lain.
Tindakan Abam nampaknya lebih ‘berkaliber’ apabila beliau menggunakan ayat yang digunakan oleh pengomen tersebut dengan sebaiknya-baiknya.
Komen yang dilontarkan lelaki berkenaan agak kasar dan tiada nilai kesopanan sebenarnya. Muka kacak sekalipun tetapi perangai buruk memang tak ‘kacak’ mana lah bro.. Kalau dah jodoh tak kemana...
Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada Fad dan Nur Syahira yang telah selamat bergelar suami isteri pada Sabtu lalu. Selamat menikmati kehidupan berumah tangga..
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "FAD BOCEY DIKUTUK KAHWINI WANITA CANTIK. ABAM TAMPIL GENIUS !"