Dikuasakan oleh Blogger.

PRESIDEN PAS, HAJI HADI BAKAL DICABAR LEBIH DARI SEORANG

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


PRESIDEN PAS, HAJI HADI BAKAL DICABAR LEBIH DARI SEORANG

Jawatan presiden PAS bakal dicabar lebih dari seorang dan akan dipertandingkan pada pemilihan parti PAS yang akan datang. - Menurut ramalan seorang pemimpin kanan PAS.

Beliau menjangkakan lebih daripada seorang calon akan mencabar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekiranya beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatannya.

Mengambil kira pandangan di peringkat akar umbi, terdapat beberapa pencalonan untuk jawatan tertinggi, kata seorang pemimpin yang tidak mahu dikenali.

“PAS amat demokratik dan akan berlaku saingan sengit pada kali ini kerana terdapat banyak isu di dalam parti,” katanya.

Beliau mengulas ramalan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bahawa jawatan No.1 tidak akan dipertandingkan kerana tiada calon berkemampuan di dalam parti untuk menandingi Hadi yang mendapat sokongan golongan pro-ulama.

“Biar jawatan presiden dipertandingkan. Dari segi perlembagaan, semua jawatan eksekutif terbuka kepada pencalonan dan dipertandingkan. Ini adalah apa yang anda semua sebut sebagai demokrasi,” katanya.

Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau dilantik memegang jawatan sebagai Presiden selepas kematian Ustaz Fadzil Noor pada 2002.

Pemimpin tersebut berkata sebuah pertandingan adalah mekanisme penting penyemak dan pengimbang untuk membawa mana-mana parti politik ke hadapan. - mStar Online
Tag : Semasa

Related Post:

0 Komentar untuk "PRESIDEN PAS, HAJI HADI BAKAL DICABAR LEBIH DARI SEORANG"

Back To Top