Dikuasakan oleh Blogger.

MUDAH ! MILIKI 'SUGAR BABY' SERENDAH RM400

Sugar Baby Malaysia
Gambar sebagai hiasan - dilakonkan oleh model

MUDAH ! MILIKI 'SUGAR BABY' DENGAN HARGA SERENDAH RM400

Seorang lelaki yang ingin mencari teman bermesra ('sugar baby') kini menjadi mudah dengan ada medium internet sebagai perantara. Salah seorang daripada mereka mungkin boleh dimiliki dengan bayaran serendah RM400.

Menerusi tawaran tertentu, golongan lelaki kaya atau 'sugar daddy' akan membayar sejumlah wang kepada gadis muda untuk menemani mereka termasuk tawaran seks kini menjadi perkara biasa.

Proses penawaran itu boleh dilihat laman web tertentu serta iklan dalam talian.

Menyamar sebagai 'sugar daddy', 'sugar mummy' atau 'sugar baby', wartawan The Star bertanya beberapa soalan kepada secara dalam talian kepada beberapa gadis termasuk penuntut universiti yang menawarkan perkhidmatan itu.

Turut ditemui seorang gadis yang menawarkan perkhidmatan serendah RM400 sebagai bayaran bulanan bagi aktiviti seks.

Malah ada dikalangan gadis-gadis itu menawarkan harga yang lebih tinggi.

Sebagai contoh seorang remaja perempuan yang masih belajar di tingkatan enam dari Ipoh yang dikenali sebagai Puteri mengiklankan perkhidmatannya secara dalam talian dengan harga RM1,000 sebulan termasuk perkhidmatan seks.

Sementara itu seorang gadis berusia 23 dari sini yang sudah memberi perkhidmatan kepada beberapa orang berstatus 'datuk' mengenakan bayaran RM500 bagi sekali janji temu untuk makan malam.

"Ia perlu untuk gaya hidup saya. Saya perlukan pakaian dan makanan mewah.

"Sugar dady kawan saya mampu memberikannya semua itu, jadi saya juga mahukannya," kata Puteri.

Terdapat beberapa laman web khusus yang akan berhubung antara 'sugar daddy', 'sugar mummy' dengan 'sugar baby'.

Salah satu laman web menunjukkan data, bahawa hampir 50 peratus daripada 'sugar baby' adalah pelajar kolej - meningkat daripada 20 peratus pada tahun 2006. - Mstar
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "MUDAH ! MILIKI 'SUGAR BABY' SERENDAH RM400"

Back To Top