KEPUTUSAN PIALA FA JDT VS PAHANG 2 MAC 2015
Perlawanan terakhir di pusingan kedua kejohanan Piala FA 2015 melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Perlawanan tumpuan ini agak sedikit kelewatan berikutan kedua-dua pasukan terlibat dalam dalam saingan Piala AFC 2015. Pertembungan ini tidak disiarkan secara langsung oleh mana-mana stesen penyiaran televisyen tempatan. Ia sekali gus mengecewakan penyokong kedua-dua pasukan yang tidak dapat hadir ke Stadium Darul Makmur untuk menyaksikan perlawanan ini.
Aksi pertemuan JDT dan Pahang menentukan kemaraan ke pusingan seterusnya dalam kelompak saingan 16 pasukan terakhir Piala FA 2015. Menanti Pahang atau JDT di pusingan ketiga nanti adalah pasukan MISC- MIFA iaitu dari Liga FAM yang menewaskan SG Ara FC dengan jaringan 1-0 pada Jumaat lalu.
Dalam aksi saingan antara JDT dan Pahang ini, Pahang terdahulu memperoleh jaringan iaitu pada minit ke 20 yang dijaringkan oleh Matias Conti untuk meletakkan JDT dibelakang. Bagaimanapun, perlawanan bertambah rancak memasuki babak kedua perlawanan. Serangan bertali arus dilancarkan oleh kedua-dua pasukan. Hasil diperolehi apabila JDT berjaya bangkit menyamakan kedudukan dengan jaringan pemain tengah Harris Harun pada minit ke-80. Keputusan kembali seimbang, Pahang 1-1 JDT.
Kedudukan itu terus terikat sama sehingga perlawanan terpaksa diheretkan ke 30 minit masa tambahan. Perlawanan berlanjutan dan ditentukan dengan sepakan penalti.
● JOHOR DARUL TA'ZIM aka JDT [2] 1-1 [4] PAHANG
20' Matias Conti
80' Harris Harun
80' Harris Harun
* Pahang menang penalti, layak ke saingan seterusnya Piala FA dalam kelompak 16 pasukan terakhir.
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PIALA FA JDT VS PAHANG 2 MAC 2015"