CHELSEA JUARAI PIALA LIGA ( Capital One Cup )
Pendahulu liga perdana inggeris (EPL) Chelsea, berjaya menjuarai Piala Liga (Capital One Cup) dalam perlawanan akhir awal pagi Isnin. Chelsea menjulang Piala Liga 2015 selepas membenam Tottenham Hotspur dengan keputusan 2-0 di Stadium Wembley, London.
Jaringan pertama Chelsea bermula pada minit ke 45 menerusi ledakan kapten pasukan, John Terry. Terry merembat masuk bola hasil tampanan benteng Tottenham selepas memperolehi tendangan sudut. Manakala, gol kemenangan terhasil dengan jaringan sendiri oleh pertahanan Spur, Kyle Walker selepas tertampan tendangan Diego Costa pada minit ke 56.
Kejuaraan ini adalah yang pertama buat pengurusnya, Jose Mourinho sejak beliau kembali membimbing Chelsea pada 2013. Terdahulu, Mourinho telah membawa Chelsea menjuarai Capital One Cup dua kali iaitu pada tahun 2005 dan 2007 sebelum beliau berhijrah mendidik kelab lain.
Kegembiraan Chelsea turut dirasai juga dengan kekalahan pencabar terdekatnya dalam saingan epl, Manchester City ditangan Liverpool.
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "CHELSEA JUARAI PIALA LIGA ( Capital One Cup )"