Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH PIALA FA MALAYSIA 2015 - 17 MAC 2015

Keputusan Piala FA 2015


KEPUTUSAN PENUH PIALA FA MALAYSIA 2015 - 17 MAC 2015

Tamat sudah perlawanan pusingan ketiga saingan Piala FA Malaysia 2015 yang berlangsung bermula jam 8.45 malam tadi. Menyaksikan pertembungan kalah mati 10 pasukan membabitkan 5 venue perlawanan pada 17 Mac 2015 (Selasa). JDT II, Perak, Kelantan, Sime Darby dan Pulau Pinang mara ke peringkat separuh akhir selepas berjaya menumpaskan lawan masing-masing.

Berikut adalah keputusan penuh Piala FA 2015 yang berlangsung pada 17 Mac 2015 (Selasa):


● JDT II 1-0 KEDAH
Goal:
88' Muhammad Akram

● KELANTAN 1-0 KUALA LUMPUR
Goal:
64' Wan Zack Haikal

● PERAK 2-1 T-TEAM
Goals:
16' 31' Woong Nam kung
14' Farhod Tadjiev

● SIME DARBY 4-2 PDRM
Goals:
1' Dramane Traore
44' Dilshod Sharofetdinov
48 Ivan Dragicevic
63' Mohamadou Sumareh
75' 79' Nemanja Vidakovic

● PULAU PINANG 2-1 NS MATRIX
Goals:
2' Shahrizal Mohd Saad
12' Alberto Goncalves
80' Lee Gil Hoon

Pada siri perlawanan di Stadium Darul Aman, pasukan pelawat JDT II berjaya menyingkirkan kedah dengan keputusan tipis 1-0. Jaringan lewat Muhammad Akram pada minit ke-88 menjulang kemenangan JDT II untuk mara ke separuh akhir saingan ini.

Sementara itu, Sime Darby FC turut mencipta kejutan apabila mudah membenamkan pasukan PDRM dengan keputusan 4-2 di Stadium Selayang.

Turut layak ke kelompok lapan terakhir selepas tamat pusingan ketiga ini adalah Kelantan, Perak dan Pulau Pinang, dengan masing-masing merakamkan kemenangan bermakna.

Rangkuman perlawanan antara Perak lawan T-Team di Ipoh, dua jaringan oleh pemain import Woong Nam Kung pada minit ke-16 dan 31 membantu Perak menewaskan T-Team 2-1. Dalam tempoh permainan itu, pasukan T-Team dilihat mendahului Perak dengan ledakan Farhod Tadjiev seawal ini ke-14. Namun, pantas dipintas dengan dua jaringan Namkung itu. Nasib tidak menyebelahi T-Team apabila jaringan Oniya di akhir permainan dibatalkan kerana didakwa offside.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, gol daripada Lee Gil Hoon pada minit ke-80 mengesahkan Pulau Pinang kemenangan selepas menewaskan Negeri Sembilan Matrix 2-1. Terdahulu, pemain tuan rumah, Shahrizal Mohd Saad memberi gol pendahuluan seawal minit kedua sebelum pemain Pulau Pinang, Alberto Goncalves tampil menyamakan kedudukan pada minit ke-12.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan layak selepas menewaskan Kuala Lumpur 1-0 dengan jaringan tunggal oleh Wan Zack Haikal pada minit ke-64. Kemaraan itu bakal menemukan Kelantan bersama Sime Darby pada peringkat Separuh akhir nanti.

Satu lagi siri perlawanan saingan Piala FA 2015, menyaksikan aksi pertembungan pasukan Selangor menentang Terengganu, esok.
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH PIALA FA MALAYSIA 2015 - 17 MAC 2015"

Back To Top