KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 18 MAC 2015
Perlawanan aksi kedua peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berlangsung pada awal Rabu, 18 Mac 2015. Perlawanan penentuan melibatkan persaingan antara Arsenal menentang AS Monaco dan Atletico Madrid lawan Bayer Leverkusen.
Perlawanan timbal balik antara pasukan Arsenal dan AS Monaco berakhir dengan keputusan 2-0. Arsenal berjaya memenangi perlawanan itu, namun gagal untuk melayakkan diri ke peringkat lapan terakhir. Secara agregat Arsenal berjaya mengikat kedudukan seri bersama AS Monaco malangnya Monaco memiliki kelebihan jaringan tempat lawan.
Kebangkitan Arsenal pada siri kedua perlawanan selepas tewas mengejut 3-1 di England Februari lalu, dilihat menerusi jaringan pertama yang diperolehi menerusi Olivier Giroud pada minit 36 permainan. Sorakkan gemuruh daripada penyokong The Gunners sekali lagi kedengaran di Stade Louis II apabila Aaron Ramsey berjaya meledak jaringan kedua Arsenal yang menjadikan keputusan seri secara agregat.
Arsenal menghadapi nasib yang sama seperti pasukan Chelsea sebagai wakil England yang gagal layak ke peringkat seterusnya selepas pencabarnya memiliki lebihan jaringan di tempat lawan.
Sementara, siri perlawanan kedua antara juara La Liga Atletico Madrid, bersama Bayer Leverkusen mencatatkan keputusan 1-0. Atletico berjaya mengikat kedudukan selepas ketinggalan satu gol pada aksi pertama perlawanan. Mario Suarez meledak jaringan tunggal Atletico pada minit ke-27 selepas pintu gol Leverkusen dalam kekacauan,
Kemenangan berpihak kepada Atletico selepas memenangi penentuan menerusi sepakan penalti (3-2).
Berikut adalah keputusan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berlangsung pada awal Rabu, 18 Mac 2015:
● AS MONACO 0-2 ARSENAL (Agregat 3-3)
Goals:
36' Olivier Giroud
79' Aaron Ramsey
● ATLETICO MADRID 1-0 BAYER LEVERKUSEN (Agregat 1-1)
Goal:
27' Mario Suarez
Foto by UEFA.COM |
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 18 MAC 2015"