KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 2015 - 14 Mac 2015
Perlawanan bola sepak Liga Super 2015 yang berlansungnya pada 14 Mac 2015 (Sabtu) adalah saingan kali kelima. Pasukan Felda United terus mengungguli puncak liga selepas berjaya menundukkan Kelantan di Kota Bahru dengan keputusan 1-0. Jaringan tunggal Felda itu disumbangkan oleh pemain import, Edward Wilson pada minit ke-61 permainan. Felda United sebagai pendahulu liga, berjaya memungut sebanyak 11 mata selepas berlangsungnya lima perlawanan.
Sementara di Ipoh, PDRM berjaya menjinakkan Perak dengan mencatatkan keputusan 3-1. PDRM tampil garang selepas diaibkan Selangor pada siri perlawanan sebelum ini. Aksi pada babak masa pertama gagal menghasilkan sebarang gol buat kedua-dua pasukan biarpun perlawanan rancak ditunjukkan. Bagaimanapun, memasuki babak kedua permainan, Perak berjaya mendahului PDRM dengan jaringan Nurridzuan pada minit ke-47. Kekalahan Perak itu sekaligus meleburkan rekod tanpa kalahnya.
Namun, PDRM pantas menyamai kedudukan menerusi jaringan Dramane Traore pada minit ke-52. Selang tiga minit selepas itu, Ahmad Ezrie membolosi gawang Perak buat kali kedua untuk meletakkan PDRM didepan. Kedudukan PDRM terus selesa apabila mendapatkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Traore pada minit ke-62 permainan.
Manakala lain-lain keputusan perlawanan dicatatkan seperti di bawah.
Berikut adalah keputusan penuh Liga Super Malaysia 2015 yang berlangsung pada Sabtu, 14 Mac 2015:
● TERENGGANU 1-1 LIONS XII
Goals:
9' Vincent Bikana
55' Faris Ramli
● PERAK 1-3 PDRM
Goals:
47' Nurridzuan
52' 62' (P) Dramane Traore
55' Ahmad Ezrie
● PAHANG 0-1 ATM
Goal:
71' Abdulafees
● KELANTAN 0-1 FELDA UNITED
Goal:
61' Edward Wilson
● SIME DARBY 1-1 JOHOR DT
Goals:
35' Nazrul
63' Junior Eldstal
● SELANGOR 2-0 SARAWAK
Goals:
9' Afiq Azmi
77' Fitri Shazwan
Carta Kedudukan Liga Super 2015 selepas lima perlawanan
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 2015 - 14 Mac 2015"