Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 14 MAC 2015

Keputusan EPL 2015

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 14 MAC 2015

Perlawanan bola sepak kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah memasuki minggu kali ke-29 pada 14 Mac 2015. Arsenal selaku pasukan ke-3 di kedudukan teratas liga berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya apabila mengulangi kemenangan kelima berturut-turut. Arsenal mudah menumpaskan junjungan West Ham di Emirates dengan keputusan 3-0.

Jaringan pembukaan Arsenal menerusi pemain hensem mereka, Olivier Giroud yang membuat rembatan kencang di hadapan pintu gol West Ham pada minit tambahan separuh masa pertama. Manakala jaringan kedua Arsenal pula diperolehi pada minit ke-81 menerusi ledakan Aaron Ramsey hasil lorongan Giroud. Kemasukkan Mathieu Flamini minit terakhir permainan ternyata membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol ketiga selepas mendapat hantaran silang Carzola. Arsenal kini selesa menduduki tempat ketiga liga dengan kutipan sebanyak 57 mata.

Sementara itu, Sunderland diaibkan di laman sendiri selepas dibelasah Aston Villa tanpa balas, dengan keputusan 4-0. Kesemua jaringan Villa diperoleh pada babak pertama permainan. Jaringan pertama terhasil menerusi Chistian Benteke seawal minit ke-16. Kurang dua minit selepas itu, gawang Sunderland dibolosi lagi apabila Gabriel meledak gol kedua dan ketiga buat Villa. Seterusnya di minit ke-44 permainan, Benteke sekali lagi menggegarkan jaring Sunderland untuk melengkapkan jumlah jaringan Villa.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada lewat 14 Mac 2015 dan awal pagi 15 Mac 2015:

● Crystal Palace 3-1 Queens Parks Rangers
Goals:
21' Wilfried Zaha
40' James McArthur
42' Joel Ward
83' Matthew Phillips

● Arsenal 3-0 West Ham
Goal:
46' Olivier Giroud
81' Aaron Ramsey
84' Mathieu Flamini

● Stoke City 0-1 West Brom
Goal:
19' Brown Ideye

● Aston Villa 4-0 Sunderland
Goals:
16' 44' Christian Benteke
18' 37' Gabriel Agbonlahor

● Leicester City 0-0 Hull City


15 Mac 2015 (awal pagi Ahad)

Keputusan EPL 2015

● Manchester City 0-1 Burnley
Goal:
61' George Boyd

Pada siri pertemuan antara Manchester City bersama Burnley, City tewas dengan keputusan 1-0. Jaringan tunggal George Boyd pada minit ke 61 mengekang Man. City membawa pulang tiga mata berharga ke Etihad. Kekalahan City itu turut menggugat kedudukan keduanya dengan perbezaan jurang satu mata dihadapan Arsenal.
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 14 MAC 2015"

Back To Top