Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 19 MAC 2015

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 19 Mac 2015

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 19 MAC 2015

Awal pagi tadi, 19 Mac 2015, telah berlangsungnya perlawanan terakhir peringkat 16 pasukan terbaik saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Dua perlawanan penentuan yang melibat pasukan Barcelona lawan Manchester City dan Dortmund lawan Juventus.


Ucl 19 Mac 2015

Perlawanan timbal balik antara gergasi sepanyol menentang penyandang juara EPL, Manchester City mencatatkan keputusan 1-0 dengan kemenangan berpihak kepada Barcelona. Jaringan tunggal Ivan Rakitic pada minit ke-31 menambahkan lagi jarak pemisah antara Man. City. Rakitic mudah mengalahkan Joe Hart dengan menguis tinggi bola memasuki jaring selepas menerima hantaran baik daripada Messi.

Manchester City, memiliki peluang menjaringkan gol apabila dihadiahkan sepakan penalti. Namun, gagal disempurnakan oleh Aguero selepas penjaga gol Barca, Ter Stegen mudah membaca sepakannya. Barcelona mara ke peringkat suku akhir dengan keputusan agregat 3-1.

Keputusan UCL 19 Mac  2015

Sementara itu, perlawanan yang menyaksikan aksi antara Borussia Dortmund menentang Juventus berakhir dengan keputusan 0-3. Juventus menang bergaya dan mudah ke mara peringkat suku akhir dengan agregat 5-1.

Berikut adalah keputusan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berlangsung pada awal Khamis, 19 Mac 2015:

● BARCELONA 1-0 MANCHESTER CITY (Agregat 3-1)
Goal:
31' Ivan Rakitic

● BORUSSIA DORTMUND 0-3 JUVENTUS (Agregat 1-5)

Goals:
3' 79' Carlos Tevez
70' Alvaro Morata

Keputusan UCL 19 Mac 2015
Foto by UEFA.COM

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 19 MAC 2015"

Back To Top