Dikuasakan oleh Blogger.

BIADAB! DIHALAU PEMILIK RESTORAN KERANA MENGADU ADA LIPAS DALAM MAKANAN

Lipas dalam makanan

BIADAB! DIHALAU PEMILIK RESTORAN KERANA MENGADU ADA LIPAS DALAM MAKANAN

Dalam peniagaan, pelanggan dianggap raja.  Ini kerana, pelanggan merupakan aset utama dalam apa-apa bentuk perniagaan. Segala kemahuannya mesti dituruti oleh setiap peniaga atau pekerja, termasuk memberi layanan mesra dan istimewa. Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan sememangnya merupakan tanggungjawab peniaga dan usahawan jika inginkan kejayaan dalam perniagaan.

Namun, dalam aspek mengutamakan pelanggan, ianya langsung tidak diterapkan dalam diri seorang pemilik Restoran 24 jam ini. Pemiliknya sanggup menghalau pelanggannya selepas mengadu ada lipas dalam makanan yang disantapnya.

Menerusi status seorang pengguna Facebook, telah mendedahkan sikap pemilik sebuah restoran yang tidak menjaga kebersihan di premisnya sehingga makanan yang dijual juga turut tercemar dengan serangga yang tidak sepatutnya.

........................

" Pengumuman kepada rakan-rakan. Jangan makan kat RESTORAN BBS Selayang Jaya berhampiran Maybank sebab petang tadi, saya dan rakan pergi makan di sana.

Semasa makan, saya melihat benda yang pelik di nasi yang saya tengok dengan teliti dan didapati benda itu ialah lipas. 

Saya terkejut dan tanya pada pemilik (perempuan) kedai itu dan dia menjawab,

"Benda ini (lipas) semua biasa ada di restoran," 

Lagipun pemilik kedai itu tak tahu melayan pelanggan sebab semasa rakan saya menyuruhnya membersihkan premisnya itu, wanita itu marah dan melemparkan kata-kata kesat sambil dalam nada menakut-nakutkan kami yang restorannya itu juga ada lipas, cicak, tikus dan pelbagai lagi spesis serangga.

Restoran BBS Selayang Kotor

Lebih parah lagi apabila pemilik wanita restoran terbabit menghalau pengadu dan rakan-rakannya kerana terlalu cerewet dan hal kecil seperti itu.

Individu yang tidak ingin didedahkan nama itu menasihati pengguna Facebook agar tidak mengunjungi premis makanan itu untuk mengelakkan diri dari terkena sebarang penyakit yang tidak diingini. 
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "BIADAB! DIHALAU PEMILIK RESTORAN KERANA MENGADU ADA LIPAS DALAM MAKANAN"

Back To Top