Dikuasakan oleh Blogger.

5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TIDUR AWAL

5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TIDUR AWAL


Kebaikan tidur awal


5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TIDUR LEBIH AWAL

Kita seringkali digalakkan untuk tidur lebih awal, antara tempoh enam hingga lapan jam setiap hari. Kita juga ketahui bahawa, tidur yang tidak mencukupi tempohnya mampu mengganggu kesihatan tubuh badan. Justeru, kita perlu tidur lebih awal dan tidak perlu berjaga hingga larut malam kerana udara pada waktu malam amatlah berbahaya pada kesihatan.

Memenuhi pengesyoran agar tidur awal sememangnya mendapat banyak manfaat pada kesihatan kita. Berikut adalah lima sebab mengapa anda perlu untuk tidur lebih awal.

1- Tidur Awal Mengembalikan Tenaga Dan Merehatkan Badan
Malam merupakan satu-satunya waktu yang paling ideal untuk tubuh berehat. Tidur yang sekurangnya (6 jam bagi orang dewasa) membantu proses pembaharuan sel dalam badan. Selain, ia juga mampu mengembalikan tenaga yang hilang ketika melakukan aktiviti seharian.

2- Tidur Awal Memelihara Kitaran Otak Dan Menghilangkan Stress
Kebiasaan berjaga malam juga akan menyebabkan jam biologi otak kita juga mungkin akan berubah. Otak yang sentiasa berfungsi tanpa direhatkan dengan masa yang cukupi. Apabila berlaku perubahan maka ianya akan menghasilkan kitaran baru pada organ dalam tubuh. Perkara ini pastinya akan mengganggu keadaan tubuh yang normalnya. Tubuh yang normal akan meningkat kecergasannya pada waktu pagi dan menurun pada waktu malam, namun berfungsi sebaliknya. Tidur awal juga dapat menghilangkan bebanan stress.

3- Tidur Awal Meningkatkan Sistem Immunisasi
Sesetengah orang tahu, sistem immunisasi amat diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan dan menahan daripada serangan pelbagai penyakit. Jika seseorang terus-menerus berjaga malam ianya akan memberikan kesan kepada sistem pertahanan tubuh. Udara pada waktu malam mengandungi unsur yang tidak baik pada kulit dan pernafasan. Jika seseorang terus-menerus berjaga malam ianya akan memberikan kesan kepada sistem pertahanan tubuh.

4- Tidur Awal Menurunkan Berat Badan, Jantung Lebih Sihat
Tidur awal boleh memengaruhi penurunan berat badan. Tidur dan bangun lebih awal adalah cara mudah untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, tidur awal yang secukupnya adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.

5- Memanjangkan jangka hayat
Tahukah anda, jika tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan hayat seseorang itu pendek. Ini kerana ia menjejaskan kesihatan tubuh badan. Kajian terbaru menunjukkan bagi kaum lelaki yang kurang mendapatkan tidur pada hari bekerja mendedahkan diri mereka kepada risiko diabetis tahap dua. Tidakkah itu boleh memendekkan usia.. Oleh itu, tidur lebih awal mampu memanjangkan jangka hayat.


Cara Mudah Tidur Awal dan Berkesan Mengatasi Masalah Susah Tidur

Namun begitu, masyarakat hari ini masih tidak menghiraukan akan keburukan-keburukan tidur yang tidak mencukupi. Amatlah sukar bagi mereka memenuhi keperluan untuk tidur lebih awal. Masing-masing masih lagi sibuk dengan kerja dan leka bersama gadget hingga tidak sedar akan lewat malam terutamanya bagi pelajar dan golongan bekerjaya. Salah satunya juga kerana seseorang itu banyak berfikir.

Justeru, dikongsikan juga di sini cara bagaimana untuk mudah tidur awal dan berkesan mengatasi masalah susah tidur.

1 - Jauhi gajet elektronik pada sebelah malam

2 - Kunci jam loceng (bukan untuk bangun, tapi masa untuk tidur)

3 - Tinggalkan segala kerja (kerja hanya di tempat kerja. Jangan buat balik rumah)

4 - Lakukan aktiviti lasak di siang hari (agar badan menjadi penat dan seterusnya dapat tidur awal)

5 - Jadikan amalan tidur awal sebagai kemestian. (rutin setiap malam)

6 - Jangan menonton filem seram sebelum tidur.


p/s - Nak tidur awal... pastikan anda solat isyak dahulu... ^_^
Tag : Info
0 Komentar untuk "5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TIDUR AWAL"

Back To Top