TIADA LAGI LIVE BOLA SEPAK DI ASTRO ARENA
Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa tiada LIVE di saluran kebiasaan iaitu Astro Arena 801 semasa perlawanan pembukaan Liga Malaysia Sabtu lalu.. Sedangkan pembukaan kejuaraan Liga Malaysia (Liga Super) itu amat menarik utk ditonton.
Untuk makluman anda, kontrak hak penyiaran antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) & pihak Astro telahpun tamat pada akhir tahun lalu. Walaupun pihak Astro berkeinginan lagi untuk menyambung kontrak tersebut, namun FAM memilih untuk menjalin kerjasama bersama MP & Silva, sebuah agensi media bertaraf 'international'.
Selepas segala persetujuan dicapai, FAM menyerahkan kepada MP & Silva untuk memutuskan hak penyiaran Liga Malaysia sebelum agensi itu memilih RTM dan Media Prima sebagai stesen tv tempatan sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2015. Maka, dengan itu tiada lagi live (siaran langsung) perlawanan bola sepak Liga Malaysia di saluran Astro Arena 801.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kerugian jika Astro Arena sudah tidak melibatkan diri dalam penyiaran Liga Malaysia, antaranya :
• Tiada lagi perlawanan berdefinisi tinggi (HD) & lebih berkualiti.
• Tiada lagi ulasan professional & menarik sepanjang perlawanan.
• Tiada lagi previu pra-perlawanan ( 40 minit sebelum sepak mula & 15 minit selepas tamat perlawanan )
• Tiada lagi analisis ketika separuh masa ( perkongsian taktikal & grafik oleh pakar bola sepak )
Namun situasi ini turut memberi beberapa kebaikan, antaranya:
• Tontonan lebih meluas kerana disiarkan oleh stesen tv awam (TV1, TV3, TV9)
• Tiada gangguan teknikal ketika cuaca buruk & hujan.
• Liputan setiap perlawanan lebih banyak dengan gabungan lebih lima siaran tv.
Justeru, menjelang penswastaan Liga Malaysia pada musim hadapan (2016), transformasi untuk memberikan suasana perlawanan yang lebih 'high class' amat diperlukan dalam menaikkan mutu dan kualiti Liga Malaysia.
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "TIADA LAGI LIVE BOLA SEPAK LIGA MALAYSIA DI ASTRO ARENA"