Dikuasakan oleh Blogger.

PESAWAT DOUGLAS DC-3 HILANG 54 TAHUN LALU DITEMUI

Pesawat Douglas DC-3 hilang 54 tahun ditemui
Ilustrasi Pesawat Douglas DC-3
PESAWAT DOUGLAS DC-3 HILANG 54 TAHUN LALU DITEMUI

Sebuah pesawat yang dilaporkan hilang di Pergunungan Andes, Amerika Selatan, 54 tahun yang lalu, akhirnya ditemui. Pesawat yang membawa 34 orang penumpang itu, ditemui oleh sekumpulan pendaki gunung di Chile, Ahad lalu.

Sekumpulan pendaki tersebut mengatakan, mereka menemukan bangkai pesawat itu pada ketinggian 3.200 meter di atas permukaan laut, kira-kira 360 kilometer dari selatan Santiago (ibu kota Chile). Kesemua penumpang bersama anak kapal pesawat itu dipercayai sudah meninggal dunia. Ia berikutan selepas pendaki itu menemukan serpihan-serpihan dan tulang-belulang di sekitar lokasi tersebut.

Pesawat jenis Douglas DC-3 yang hilang 54 tahun itu, pernah mendapat perhatian dunia, ekoran lapan daripada penumpang tersebut adalah pemain bola sepak profesional divisi satu Chile, Green Cross. Pasukan bola sepak itu menaiki dua pesawat berbeza selepas selesai perlawanan di kejohanan Copa de Chile. Dalam perjalanan pulang ke Santiago itu, satu pesawat yang membawa lapan pemain pasukan itu lenyap tanpa sebarang jejak.

Pesawat Douglas DC-3 hilang yang membawa pemain bola ditemui
Pasukan Bola Sepak Green Cross, Chile
Pesawat itu hilang pada 3 April 1961 dan sejak itu menjadi salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan Chile. Pencarian selama beberapa bulan tidak menemui sebarang petanda di manakah lokasi keberadaan pesawat tersebut.

Menerusi laporan Channel Chile 7, ketua ekspedisi pendakian tersebut, Leornardo Albornoz enggan mendedahkan lokasi penemuan sebenar pesawat itu kepada media Chile kerana takut lokasi kemalangan diganggu. Kumpulan pendakian itu juga mahu menjaga kerahsiaan tapak penemuan tersebut untuk mencegah kecurian buat mereka.

Bagaimanapun, khabar angin yang menyatakan juruterbang syarikat itu pernah ternampak pesawat tersebut berhampiran bandar Linares.
Tag : Semasa

Related Post:

0 Komentar untuk "PESAWAT DOUGLAS DC-3 HILANG 54 TAHUN LALU DITEMUI"

Back To Top