Dikuasakan oleh Blogger.

RAJA ABDULLAH ARAB SAUDI MANGKAT


RAJA ARAB SAUDI, RAJA ABDULLAH ABDULAZIZ MANGKAT

Diberitakan, Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz telah mangkat pada hari ini (Jumaat/ 23 Januari 2015). Berita kemangkatan Raja Arab Saudi ini telah diumumkan oleh pihak istana diraja menerusi stesen rasmi Arab Saudi sebentar tadi.

Raja Abdullah Abdulaziz yang diangkat menaiki takhta pada tahun 2005, mangkat pada usia 90 tahun. Sebelum ini, Baginda telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan pada paru-parunya.

Istiadat pengebumian baginda dijadual akan diadakan pada hari ini di Masjid Turki Abdullah di Riyadh. Pengebumian itu, dijangka akan dihadiri oleh beberapa pemimpin dunia bagi memberi penghormatan terakhir.

Sementara itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al Saud diangkat menaiki takhta diraja selepas kemangkatan Allahyarham kekandanya itu. Pemerintahan negara pengeluar minyak terbesar dunia itu, bakal diterajui oleh Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang ketika ini berusia 79 tahun.

Ketika pemerintahan Raja Abdullah, baginda telah mengadakan kerjasama serta hubungan yang erat bersama Amerika Syarikat (AS). Kerjasama itu adalah untuk menghalang keganasan pihak militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria. Raja Abdullah juga bergiat aktif dalam usaha membasmi penyebaran fahaman militan termasuk Al-Qaeda serta mengenepikan kumpulan pendakwah radikal.
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "RAJA ABDULLAH ARAB SAUDI MANGKAT"

Back To Top