Dikuasakan oleh Blogger.

NAJIB RAZAK TERSELAMAT Dalam Kes Rompakan Di Wangsa Maju

- Gambar Sekadar Hiasan -
NAJIB RAZAK TERSELAMAT Dalam Kes Rompakan Di Wangsa Maju

Seorang pekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Wangsa Maju, terpaksa menempuh saat-saat mencemaskan apabila kedai tempat kerjanya menjadi sasaran rompakan bersenjata oleh empat lelaki pada awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd Najib Abdul Razak, yang berusia 18 tahun berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika syif malam dia bekerja.

Tiga dari empat suspek telah meluru masuk dengan mengacukan sebilah pedang ke arah mangsa lalu mengarahkannya menyerahkan duit daripada mesin tunai sementara perompak yang lainnya mencuri barangan di dalam kedai itu.

Antara barangan yang berjaya dilarikan adalah 90 kotak rokok Dunhill, wang tunai RM355, satu kad tambah nilai pra-bayar bernilai RM30 dengan jumlah anggaran kerugian kira-kira RM1,600. Bagaimanapun, mangsa Mohd Najib tidak mengalami sebarang kecederaan dalam rompakan itu.

Menurut pihak polis, kes ini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.

- Infokini.my -
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "NAJIB RAZAK TERSELAMAT Dalam Kes Rompakan Di Wangsa Maju"

Back To Top