Dikuasakan oleh Blogger.

CRISTIANO RONALDO MENANGI ANUGERAH FIFA BALLON D'OR 2014

Cristiano Ronaldo menang Fifa Ballon d'Or 2014
Tonggak utama Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi dipilih untuk memenangi anugerah pemain terbaik dunia, Ballon d’Or bagi tahun 2014. Kemenangan itu adalah buat kali ketiga selepas beliau merangkul anugerah itu pada 2013 dan 2008.

Cristiano Ronaldo telah menyingkirkan penyerang Barcelona, Lionel Messi dan penjaga gol Bayern Munich Manuel, Neuer yang turut dicalonkan untuk memenangi anugerah Fifa Ballon D'Or ini. Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik di dunia dengan mendahului undian sebanyak 37.66% berbanding Lionel Messi (15.76%) dan Manuel Neuer (15,72%). Penyampaian anugerah berprestij dunia itu diadakan di Zurich, Switzerland pada majilis Anugerah Ballon d’Or 2014 pada awal pagi selasa.


Bintang Real Madrid ini telah membantu pasukannya merangkul trofi kejuaraan Liga Juara-Juara dengan menewaskan Bayern Munich pada saingan separuh akhir sebelum menang ke atas Atletico Madrid di pentas akhir. Sepanjang pencapaiannya pada tahun 2014, Ronaldo telah menjaringkan gol sebanyak 52 gol dan 17 Assist dalam 43 perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Jerman Joachim Loew dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik FIFA 2014 selepas bersaing hebat dengan pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone dan bos Real Madrid, Carlo Ancelloti.

Simeone membawa Atletico meraih gelaran juara Liga Sepanyol manakala Ancelotti menamatkan kemarau gelaran ke-10 Liga Juara-Juara.

Lain-lain anugerah adalah seperti berikut;

FIFA WOMEN'S WORLD PLAYER OF THE YEAR
● Nadine Kessler

MEN'S WORLD COACH
● Joachim Loew

WOMEN'S WORLD COACH
● Ralf Kellermann

PRESIDENTIAL AWARD
● Hiroshi Kagawa

FAIR PLAY AWARD
● All volunteers at FIFA competitions

PUSKÁS AWARD
● James Rodriguez

FIFA FIFPRO WORLD XI
● GK: Manuel NEUER
● DF: Sergio RAMOS
● DF: THIAGO SILVA
● DF: DAVID LUIZ
● DF: Philipp LAHM
● MF: Andres INIESTA
● MF: Toni KROOS
● MF: Angel DI MARIA
● FW: Lionel MESSI
● FW: CRISTIANO RONALDO
● FW: Arjen ROBBEN

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "CRISTIANO RONALDO MENANGI ANUGERAH FIFA BALLON D'OR 2014"

Back To Top