Dikuasakan oleh Blogger.

KLIK SHARE RETWEET MAKLUMAT PALSU JUGA DIDAKWA


KLIK SHARE ATAU RETWEET MAKLUMAT PALSU JUGA DIDAKWA

Berikutan daripada penyebaran maklumat atau berita palsu mengenai bencana banjir yang melanda negara khususnya di Pantai Timur baru-baru ini. Seramai 14 individu yang merupakan "pembawa" kepada maklumat palsu di itu telah didedahkan dan dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  (SKMM).

Kesemua individu itu telah diarahkan untuk tampil memberikan keterangan dan seterusnya mengambil tindakan ke atas mereka. Antara maklumat dan berita palsu yang disebarkan adalah seperti berikut:

1 - Keruntahan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai.

2 - Pintu empagan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan.

3 - Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai.

4 - Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan.

5 - Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai.

6 - Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air.

7 - Bantuan disekat oleh pihak berkuasa.

8 - Bantuan diterima oleh orang BN sahaja.

Individu Dipanggil SKMM Untuk Beri Keterangan Berhubung Penyebaran Berita Palsu Mengenai Banjir.

Maklumat peribadi seperti nama penuh dan alamat pelaku penyebaran berita palsu  ini telah pun dipaparkan di dada akbar.


Susulan daripada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek telah membuat cadangan untuk mendakwa juga mereka yang klik " SHARE & RETWEET " maklumat palsu tersebut di media sosial.

Beliau mencadangkan bahawa mereka yang mengklik " SHARE dan RETWEET " juga perlu didakwa atas sebab bersubahat dalam menyebarkan maklumat palsu ini. Bagaimanapun, rata-rata pihak menganggap ianya sebagai dangkal dan tidak wajar dilaksanakan atas faktor-faktor tertentu.

Mereka menganggap kadang kala seseorang individu itu bukanlah turut bersekongkol dengan kesalahan ini tetapi sekadar berkongsikan apa yang sedang hangat diperkatakan. Tidak semua orang itu tahu bahawa itu adalah maklumat tidak benar..

Bagamanapun, kami juga tidak bersetuju dan berharap agar cadangan yang diwar-warkan oleh Datuk Shabery Cheek ini tidak akan terlaksana.
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "KLIK SHARE RETWEET MAKLUMAT PALSU JUGA DIDAKWA"

Back To Top