Dikuasakan oleh Blogger.

7 GADIS PALING POPULAR DI MEDIA SOSIAL SEPANJANG 2014

7 GADIS PALING POPULAR DI MEDIA SOSIAL SEPANJANG 2014

Dikala zaman yang serba pemodenanan dan kemajuan ini, masyarakat di serata dunia sudah pasti akan mengenali dunia IT. Salah satu yang akan mereka akses setiap hari ialah medium media sosial, contohnya seperti. Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Sememangnya, media sosial adalah satu platform yang dapat diakses dengan pantas dan mampu berinteraksi di serata dunia. Dek kerana itu, media sosial akan membuatkan seseorang itu menjadi terkenal dan popular dalam sekelip mata sahaja.

Berikut adalah senarai tujuh gadis cantik yang paling popular yang disebabkan penyebaran dan perkongsian gambar daripada para pengguna medium internet (media sosial) di seluruh dunia sepanjang tahun 2014.

7 Gadis Paling Popular Di Media Sosial Sepanjang 2014

7 - Noor Hafizah Mohd Idrus ( Malaysia )

Noor Hafizah Mohd Idrus adalah seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Tambang Murah Malaysia, Air Asia. Gadis berusia 31 tahun yang merupakan anak kelahiran perak ini, mendadak popular di media sosial, khususnya di facebook. Gambarnya yang mula tersebar pada penghujung tahun lepas dengan seragam pilot itu telah mendapat perhatian ramai. Mungkin kerana imej bertudung dan wajahnya yang cantik menceburi bidang kerjanya sebagai seorang juruterbang. Ramai yang terpikat pada Hafizah kerana boleh dikatakan satu-satunya gadis yang menjaga aurat dalam kerjaya tersebut.


6 - Nurul Habibah ( Indonesia )

Nurul Habibah adalah seorang anggota polis di Indonesia. Gadis cantik ini mula yang dikenali ramai apabila gambarnya dikongsi oleh orang ramai di media sosial. Nurul Habibah pernah dipanggil oleh salah satu stesen tv nasional Indonesia untuk ditemuramah kerana terlalu popular.


5 - Yan Jiayun ( China )

Kecantikkannya dengan penampilan kostum tentera, gadis dari China ini sudah cukup memikat ramai pihak. Kostum tentera yang dipakai Yan Jiajun atau Joyin itu bukanlah sekadar kostum, tetapi ianya adalah pakaian seragam rasmi tentera di China. Yan Jiajun adalah seorang tentera di China dan dia telah dinobatkan sebagai tentera paling cantik di China. Gambar Yan Jiajun mula menjadi viral selepas dipopularkan oleh laman 'Singapore Seen'.


4 - Natalia Poklonskaya ( Russia )

Natalia Poklonskaya adalah seorang peguam dari Rusia. Wajahnya yang cantik telah menjadikan diri terkenal di seluruh negara Rusia, malah di serantau dunia. Natalia Poklonskaya mula mendapat perhatian ramai ketika dia muncul di saat perlantikannya sebagai ketua pendakwa di Crimea pada 11 Mac 2014. Ramai peminat-peminatnya mengatakan wajah Natalia Poklonskaya sangat sesuai dijadikan anime (kartun). Banyak lukisan mirip wajahnya dalam bentuk anime kelihatan di medium internet. Anda boleh lihat di google imej.


3 - Katya  Lischina ( Russia )

Katya Lischina, ada juga yang mengatakan nama sebenarnya adalah Liraley Ketskatya. Gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Rusia ini mula mendapat populariti melalui laman '9gag'. Penyebaran gambar itu telah menjadi kegilaan ramai pengguna laman web tersebut. Gadis ini juga kelihatan sesuai dijadikan watak anime. Katya Lischina memiki fanpage di Facebook yang mempunyai peminat seramai hampir 80 ribu.



2 - Sabina Altynbekova ( Kazkhstan )

Sabina Altynbekova, adalah seorang pemain bola tampar dari Kazkhstan yang berusia 19 tahun (2015). Nama Sabina Altynbekova mula menjadi sebutan pengguna media sosial setelah dia muncul dalam acara Women’s Volleyball Championship di Taiwan pada Julai 2014. Oleh kerana wajah dan badannya yang cantik, gambar-gambar Sabina Altynbekova mula menjadi sebaran oleh pengguna media sosial di seluruh dunia. Sabina Altynbekovakini memiliki 354 ribu pengikut di laman Instagram.


Instagram - http://instagram.com/altynbekova_20/


1 - Donnalyn Bartolome ( Filipina ) 

Donnalyn Bartolome adalah seorang blogger video YouTube dari Filipina. Mula mendapat populariti daripada hasil kerjanya melalui platform Youtube. Gadis comel ini memiliki bakat sebagai penulis lirik dan penyanyi rap. Antara video comelnya yang paling mendapat tarikan ialah 'Gwiyomi'.

Dek kerana bakatnya itu, Donnalyn telah dinobatkan gadis pertama yang label sebagai femcee (gadis penyanyi rap) di Filipina. Gadis cute yang berusia 21 tahun ini merupakan anak sulong daripada lima adik-beradik. Di Facebook peribadinya, dia telah memiliki lebih satu juta pengikut, manakala di fanpage hampir 2 juta peminat.



Kredit gambar : Google Imej.

Komen sikit kat bawah. Nak no. berapa...?
Tag : Info
0 Komentar untuk "7 GADIS PALING POPULAR DI MEDIA SOSIAL SEPANJANG 2014"

Back To Top