Dikuasakan oleh Blogger.

PESAWAT AIR ASIA BERPATAH BALIK KERANA PENUMPANG BERMASALAH


PESAWAT AIR ASIA PATAH BALIK KERANA PENUMPANG BERMASALAH

Penerbangan sebuah pesawat Air Asia Thailand terbantut selepas terpaksa berpatah balik gara-gara seorang penumpang menimbulkan masalah dan huru-hara. Penumpang berkenaan bertindak ganas apabila dia mencederakan seorang pramugari penerbangan itu, dengan menyimbah air panas.

Pesawat Air Asia yang dijadualkan dalam perjalanan dari Bangkok, Thailand ke Nanjing, China itu, terpaksa berpatah balik ke lapangan Don Mueang selepas masalah yang ditimbulkan oleh penumpang berkenaan.

Menurut kenyataan, 'Drama Udara' itu bermula apabila seorang penumpang wanita dari China enggan mematuhi arahan pramugari kerana tidak mahu duduk berasingan dari teman lelakinya. Dia kemudian bertindak ganas dengan menyimbah air panas terhadap seorang pramugari yang menghantar mee segera kepadanya.

Bagaimanapun, keadaan dalam pesawat itu bertambah genting selepas teman lelaki kepada wanita berkenaan membuat ancaman untuk meletupkan pesawat manakala penumpang wanita itu pula mengancam untuk membunuh diri.

Crew keselamatan pesawat terbabit, terpaksa mengawal keadaan sehingga sampai di lapangan terbang Dong Mueang. Usai tiba di sana, pihak polis telah menunggu mereka untuk membuat penangkapan, namun, kedua-dua pasangan itu berkeras tidak mahu keluar dari pesawat. Mereka akhirnya berjaya dikeluarkan secara paksaan.

Sumber dari syarikat penerbangan itu, kedua-dua pasangan China itu tidak boleh duduk bersebelahan kerana tiket yang dibelinya bukan secara persendirian. Pasangan itu adalah dari satu rombongan pelancongan, yang mana tempat duduk telah diatur mengikut abjad.

P/s - Moral is story- Hidup, janganlah menyusahkan orang dan jangan pula disusahkan. Hiduplah seperti pokok di tepian jalan, dilempar batu, buah yang dibalasnya.

 



Tag : Semasa
0 Komentar untuk "PESAWAT AIR ASIA BERPATAH BALIK KERANA PENUMPANG BERMASALAH"

Back To Top