Dikuasakan oleh Blogger.

MENTERI HAL EHWAL URUSAN PEMBANGUNAN PALESTIN MENINGGAL DUNIA


MENTERI HAL EHWAL URUSAN PEMBANGUNAN PALESTIN MENINGGAL DUNIA

Menteri kabinet Hal Ehwal Urusan Pembangunan Palestin meninggal dunia selepas pertempurannya dengan tentera Israel ketika protes bersama penduduk Palestin di Terbing Barat Turmus Aya. Ziad Abu Ein, dikejarkan ke hospital apabila mengalami kesakitan selepas beliau dipukul pada bahagian dada oleh rejim Zionis sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ziad Abu Ein terlibat dengan perarakan bersama kira-kira 100 orang aktivis Palestin untuk menuju ke ke tanah pertanian berhampiran Turmus Aya untuk menanam anak pokok pokok zaitun Bagaimanapun, beliau telah halang oleh tentera Israel untuk memasuki kawasan itu.

Sekumpulan tentera Israel mula melepaskan gas pemedih mata ke arah rombongan aktivis tersebut dan mula bertindak ganas.


Dalam pergelutan itu, Ziad Abu Ein telah menjadi mangsa keganasan rejim Israel itu apabila beliau ditumbuk dadanya. Tidak lama kemudian, beliau kelihatan pucat dan memegang dadanya yang kesakitan.


Jenazah beliau akan dibedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya. Sejak dari itu, peniaga-peniaga di Ramallah menutup perniagaan mereka bagi membantah ke atas kematian Abu Ein. Sementara itu, Ramallah dan El Bireh governorate telah mengumumkan tiga hari berkabung atas kematian Abu Ein ini. Pembunuhan ini digelar  sebagai "pembunuhan berencana" oleh pihak berkuasa Palestin.

Ketegangan di Tebing Barat kebelakangan itu, telah didorong oleh pembunuhan 12 rakyat Palestin dalam serangan Israel kerana dituduh melakukan keganasan.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "MENTERI HAL EHWAL URUSAN PEMBANGUNAN PALESTIN MENINGGAL DUNIA"

Back To Top