Dikuasakan oleh Blogger.

GADIS CANTIK JELITA DITUMBUK DAN DITOREH PIPI OLEH PENYAMUN


GADIS CANTIK JELITA DITUMBUK DAN DITOREH PIPI OLEH PENYAMUN

Seorang gadis cantik jelita berusia 22 tahun menimpa nasib malang apabila mengalami detik-detik cemas selepas ditumbuk dan ditoreh pipinya oleh seorang penyamun. Kira-kira jam 2 petang itu, dua orang suspek berjaya memecah masuk rumah gadis berkenaan yang berada di Wakaf Berangan Pasir Puteh, Kelantan.

Ketika kejadian, mangsa, Nur Shafiqa Bt Lah berada di dalam bilik air manakala ibunya, Hat Tema Bt Mat Zin sedang berehat di ruangan dapur rumahnya. Dalam pada itu, didatangi oleh dua orang lelaki dengan memakai topi keledar yang bervisor meluru masuk ke dalam rumah mangsa.

Suspek menendang pintu bilik air dan menarik keluar gadis berkenaan hingga disedari oleh ibunya. Suspek kemudiannya mengarahkan gadis berkenaan menganggalkan cincin emas yang dipakai oleh ibunya dan membawa ke satu bilik. Suspek kemudiannnya merampas gelang tangga emas dan Iphone 5S milik gadis berkenaan.

Sebelum berlalu pergi, seorang suspek cuba untuk merogol mangsa selepas menanggalkan seluarnya. Namun, tindakan terkutuk itu berjaya dipatahkan apabila rakannya yang memanggil untuk melarikan diri. Bagaimanapun, suspek berkenaan datang semula dengan bertindak kejam menumbuk dan menoreh pipi gadis itu menggunakan pisau. Ibu mangsa juga turut mengalami kecederaan pada bahagian bibir dan dahi.

Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri selepas mendengar jeritan adik kepada gadis cantik itu yang bersembunyi di bawah katil dalam biliknya. Gadis berkenaan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kejadian samun itu, melibatkan kerugiaan kira-kira RM10,000. Berdasarkan sumber, kedua-dua suspek menggunakan motosikal dan dipercayai berbangsa melayu berikutan tutur katanya dalam dialek Kelantan.

Laporan polis mengenai kejadian telah pun dibuat di IPD Pasir Puteh dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun keseksaan.


p/s - Gambar gadis berkenaan terpaksa kami kaburkan bagi menjaga aib mangsa.
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "GADIS CANTIK JELITA DITUMBUK DAN DITOREH PIPI OLEH PENYAMUN"

Back To Top