Dikuasakan oleh Blogger.

PENJAGA GOL SINGAPURA JADI BAHAN LAWAK DI MEDIA SOSIAL


PENJAGA GOL SINGAPURA JADI BAHAN LAWAK DI MEDIA SOSIAL

Penjaga gol (keeper) Singapura jadi bahan lawak di media sosial selepas kehilangannya ketika minit-minit terakhir perlawanan Singapura menentang Malaysia semalam. Hassan Sunny, 30 tahun, keeper yang bertanggungjawab menjaga gawang gol buat pasukan Singapura ketika aksi ketiga Piala Aff Suzuki 2014. Kehilangannya daripada menjaga gawang gol sedang hangat dijadikan bahan lawak di media sosial.

Gol Keeper Singapura ini kelihatan naik ke atas hingga ke gawang gol Malaysia untuk sama-sama membantu Singapura memperoleh jaringan di minit-minit akhir. Namun, apa yang menyedihkan, harapan dan peluang untuk mendapatkan gol kedua Singapura hanya angan-angan, apabila Malaysia lebih pantas dan menambah gol ketiga selepas ketiadaan penjaga gol. Kesilapan penjaga gol Singapura ini tidak disia-siakan oleh pemain Malaysia, Indra Putra untuk terus menyumbang gol buat Malaysia. Kalahan Singapura ditangan Malaysia itu sekali gus menamatkan aksi tuan rumah bagi kempen Piala AFF Suzuki 2014.

Aksi berani keeper Singapura itu, dilihat seperti ingin meniru aksi Penjaga gol Manchester City, Joe Hart. Namun, sebaliknya Joe Hart bertindak cemerlang apabila berjaya menepis bola daripada masuk ke gawang gol.

Apa yang menariknya kehilangan gol keeper Singapura itu, boleh dikaitkan dengan lagu berjudul "Awak kat mana...?" nyayian oleh penyanyi dari Singapura juga iaitu Taufik Batisah. Memang kebetulan yang menakjubkan.
  Keeper... Awak kat mana..? Awak kat mana..?
Keeper.... Awak kat mana...? Awak kat mana...?
Awak kat mana..? Awak kat mana

Keeper awak kat mana..?

VIDEO PARODY KEEPER KAT MANA









Awak kat mana..? Keeper...

Nak dikatakan lawaknya lagi adalah keratan akbar Harian Metro versi sendiri ini. Memang tak boleh tahan gelaknya.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "PENJAGA GOL SINGAPURA JADI BAHAN LAWAK DI MEDIA SOSIAL"

Back To Top