Dikuasakan oleh Blogger.

BRUCE LEE KINI HIDUP KEMBALI

Bruce Lee & Abbas Alizada
BRUCE LEE KINI HIDUP KEMBALI

Selepas hampir 41 tahun kematian Bruce Lee, kini Bruce boleh dikatakan hidup kembali. Ia berikutan penemuan seorang pemuda di Afghanistan yang memiliki rupa, karakter dan malah kebolehan yang sama dengan legenda Kung Fu itu. Abbas Alizada atau dikenali sebagai 'Bruce Lee Masa Kini' kian meningakat popular di dunia internet khususnya di laman sosial Facebook, setelah tersebarnya foto dan videonya yang mirip dengan Bruce Lee.

Penemuan itu telah menarik minat pihak media BBC telah membuat pertemuan dan menemu-ramahnya di Afghanistan. Pemuda berusia 21 tahun itu, bukan sahaja berwajah serupa dengan Bruce Lee malah turut mencuri tumpuan dunia dengan kebolehannya dalam menggayakan beberapa aksi serta kelincahan yang sering dilakukan oleh Bruce Lee.

Abbas, berlatarbelakangkan dari keluarga yang susah. Ayah menderita penyakit Stoke. Dalam pada itu, Abbas telah menyatakan hasrat dan cita-citanya untuk menjadi seorang aktor karakter Bruce Lee, biarpun tidak mampu untuk menandinginya.

Sejak tersebarnya gambar dan videonya itu, Abbas saban hari sering menerima ratusan mesej daripada orang ramai untuk bertemu dengannya.


Tag : Semasa
0 Komentar untuk "BRUCE LEE KINI HIDUP KEMBALI"

Back To Top