Dikuasakan oleh Blogger.

PENJAWAT AWAM SELANGOR DAPAT BONUS DISEMBER INI

PENJAWAT AWAM SELANGOR DAPAT BONUS DISEMBER INI


Penjawat dan kakitangan awam Selangor, bakal menerima bonus satu bulan setengah gaji pada Disember ini.

Berita baik bagi bagi penjawat awam Selangor ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerusi laman Twitternya.
Kenyataan pemberian bonus kepada penjawat awam oleh Menteri Besar Selangor
Pembayaran bonus itu akan dibuat pada pertengahan bulan hadapan iaitu pada 18 Disember 2014. Objektif pemberian bonus oleh kerajaan negari Selangor ini adalah bagi membantu meringankan beban perbelanjaan para kakitangan awam untuk menghadapi persediaan persekolahan anak-anak musim hadapan.

Pemberian bonus pada tahun ini berlaku peningkatan. Jika dibandingkan pada tahun 2013, kerajaan Selangor hanya memperuntukkan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam iaitu dana sebanyak RM14,821,252 untuk 15,643 orang.

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "PENJAWAT AWAM SELANGOR DAPAT BONUS DISEMBER INI"

Back To Top