BANJIR LUMPUR MELANDA CAMERON HIGHLAND
 |
Banjir Lumpur di Cameron Highland - 5 November 2014 |
CAMERON HIGHLANDS: Banjir lumpur telah melanda Cameron Highland pada lewat petang semalam sekitar 7 petang. Ekoran daripada itu, beberapa kawasan telah terjejas antaranya ialah Pekan Ringlet.
Kejadian berlaku berikutan hujan yang lebat dan mengakibatkan berlakunya tanah runtuh. Pihak Bomba dan penyelamat Pahang melaporkan seorang telah maut iaitu pekebun sayur warga Nepal yang tertimbus dalam runtuhan tanah itu di Lmebah Bertam.
Manakala seorang lagi remaja berusia 13 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Telum, Kuala Terla yang dihanyutkan oleh arus deras. Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan 11 malam tadi akibat keadaan gelap serta terdapat runtuhan kecil dan bermula semula pada jam 8 pagi ini.
Sementara itu, tiga lagi dilaporkan cedera akibat tersepit dalam bengkel kereta dan seorang pekerja buruh warga Indonesia parah berikutan tanah runtuh di pekan Ringlet.
 |
Banjir lumpur di pekan Ringlet, Kg Baru Ringlet Kg Ulu Merah Cameron Highlands - Infokini |
Sejak semalam, kira-kira 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet dipindahkan ke
Dewan Serbaguna Ringlet berikutan kemusnahan 20 rumah dan kenderaan serta keadaan yang semakin buruk.
 |
Banjir lumpur di pekan Ringlet, Kg Baru Ringlet Kg Ulu Merah Cameron Highlands - |
Kejadian banjir lumpur di Cameron Highland ini bukanlah yang pertama berlaku, ianya pernah terjadi pada 23 Oktober tahun lalu yang mengorbankan empat nyawa. Namun, Banjir lumpur kali ini agak besar jika keadaan hujan lebat berterusan yang memaksa pintu empangan dibuka bagi melepaskan air.
Pengosongan di kawasan yang terjejas telah dijalankan dan pusat pemindahan sudah dibuka.
 |
Banjir lumpur di pekan Ringlet, Kg Baru Ringlet Kg Ulu Merah Cameron Highlands - Infokini |
Infokini.my
0 Komentar untuk "BANJIR LUMPUR MELANDA CAMERON HIGHLAND"