Dikuasakan oleh Blogger.

TERENGGANU AKAN MENARIK DIRI DARI PIALA MALAYSIA 2014

TERENGGANU AKAN MENARIK DIRI DARI PIALA MALAYSIA 2014



TERKINI :  Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah membuat keputusan dan menetapkan pendiriannya untuk akan tidak beraksi dan menarik diri dari perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) jika perlawanan diteruskan pada 17 Oktober 2014 ketika mesyuarat eksekutifnya sebentar tadi.

Ini kerana berhubung dengan perubahan tarikh dan jadual saingan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Terengganu dan Johor Darul Takzim (JDT) yang sepatutnya berlansung pada Sabtu ini. Namun, ditukarkan pada 17 Oktober 2014 hanya kerana seorang pemain import JDT tidak dapat beraksi pada tarikh yang ditetapkan.

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyatakan keputusan pertukaran jadual dengan sewenang-wenangnya itu tidak masuk akal dan tidak bermaruah. PBSNT juga menyifatkan itu jelas memperlihatkan badan induk bola sepak Malaysia mudah tunduk dengan desakan selain tiada prinsip sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan yang patut diperjelaskan ketika pemain Terengganu dan juga penyokongnya yang sudah bersedia untuk bertandang ke Johor.


Mereka rela memberi kemenangan percuma kepada JDT dan tidak mahu berkrompromi dengan permainan kotor pihak-pihak tertentu yang cuba merosakkan bola sepak Malaysia sejak kebelakangan ini. Mereka juga tidak mahu penindasan dan ketidakadilan berlaku kepada mereka untuk kali kedua, setelah 'Insiden Terowong' yang sehingga kini tidak dibicarakan.. Langkah ini juga pemangkin kepada pasukan lain untuk menentang penindasan yang berlaku dalam Liga Malaysia ini.


Mesyuarat itu juga mencadangkan agar tarikh lama iaitu 11.10.2014 dikekalkan dan sekiranya tidak dapat tarikh tersebut maka tarikh baru dicadangkan iaitu tarikh sebelum 17hb (12,13,14,15 Oct 2014) dengan mendapat persetujuan bersama dari PBSNT, PBNJ & FAM.

Berhubung pendirian itu, FAM telah pun memanggil wakil Terengganu FA dan Johor Darul Takzim FC untuk mencari kata putus mengenai tarikh perlawanan kedua suku akhir Piala malaysia pada hari esok di wisma FAM.

Majulah sukan untuk negara - Infokini.My
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "TERENGGANU AKAN MENARIK DIRI DARI PIALA MALAYSIA 2014"

Back To Top