Dikuasakan oleh Blogger.

TAHUKAH ANDA :MENGAPA MUNCUL BINTIK ATAU GARIS PUTIH PADA KUKU KITA ?

MENGAPA MUNCUL BINTIK ATAU GARIS PUTIH PADA KUKU KITA?


Pernahkah anda terfikir mengapa garis atau bintik putih ada pada kuku anda? Orang lain tiada, tetapi pada kuku anda ada garis putih ini. Tidakkah anda berasa pelik dan berbeza dengan orang lain...? Adakah anda terfikir bahawa ianya sejenis penyakit atau pun bukan? dan apakah penyebabnya...?

Bagi mereka yang terdapat garis atau bintik putih pada kukunya pasti pernah berfikir tentang ini walaupun sejenak. Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa muncul garis putih ini pada kuku mereka seperti dalam gambar ini.

Baiklah, bagi menjawab segala persoalan dan membongkar kebuntuan mengenai ' mengapa garis atau bintik putih ini muncul pada kuku kita..? ' Infokini akan kongsikan sedikit info ringkas yang berguna buat mereka yang ingin mengetahui sebab terdapatnya garis putih pada jari kukunya, hasil daripada surf  kami ke web site dan blog-blog lain.

Melihat perubahan pada kukunya, adalah salah satu cara bagi mengetahui tahap kesihatan seseorang itu.

Garisan putih pada kuku merupakan simptom yang dinamakan Muehrcke’s Nail. Secara jelasnya tidak diketahui sebab pembentukkan garisan putih ini. Tetapi ianya dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan. Ianya tidaklah jenis penyakit yang serius atau berbahaya.

Maka, seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein dalam badan mereka.

Bagi mereka yang terdapat garis atau bintik putih pada kukunya perlulah perbanyakkan makan makanan yang sarat mengandungi protein. Dek kerana proteinlah membantu pertumbesaran otot dalam badan kita. Amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Infokini.My

Tags :
bercak putih di kuku - bintik putih di kuku tangan
bintik putih pada kulit - bintik putih pada kulit bayi
bintik putih pada bayi baru lahir - bintik putih pada mata
bintik putih pada bibir - bintik putih pada bibir atas
garis hitam pada kuku - garis hitam pada kuku tangan
tanda putih pada kuku - bintik putih pada kuku - warna putih pada kuku
Tag : Info
0 Komentar untuk "TAHUKAH ANDA :MENGAPA MUNCUL BINTIK ATAU GARIS PUTIH PADA KUKU KITA ?"

Back To Top