Dikuasakan oleh Blogger.

PRESIDEN FAM BERTANDING KERUSI EXCO FIFA 2015 - 2018

PRESIDEN FAM BERTANDING KERUSI EXCO FIFA 2015 - 2018


Tengku Abdullah selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bertanding bagi merebut kerusi Exco Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk tahun 2015 hingga 2018.

Tengku Abdullah yang baru sahaja dilantik sebagai presiden FAM yakin penglibatannya dalam dalam salah seorang Exco FIFA ini akan mampu memberi kelebihan bukan sahaja kepada Asia, malah juga kepada Malaysia sendiri.

"Saya mengumumkan akan bertanding untuk posisi Exco FIFA dan bersedia dengan pemilihan tersebut bagi memastikan sukan bola sepak Malaysia dan Asia diberi jaminan terbaik.

"Saya percaya pertandingan merebut tiga tempat bersama lima calon lain bakal menjadi 'fair play' dan percaya berdasarkan merit dan pengalaman, saya patut berada di sana," kata baginda dalam satu sidang media khas Hotel Royale Chulan, Jumaat.

Tengku Abdullah berkata, motto '1Suara 1Asia' digambarkan sebagai suara gabungan satu Asia.

"Jika saya menang jawatan itu, dua perkara utama yang saya akan ketengahkan iaitu memastikan slot ke Piala Dunia ditambah kerana benua Asia adalah besar.

"Dan yang kedua kerusi di dalam FIFA bagi negara Asia perlu ditambah kerana sekarang hanya ada empat tempat sahaja.

"Kita perlu mendapat lebih banyak tempat di dalam FIFA berdasarkan saiz populasi negara Asia serta separuh daripada tajaan bola sepak dunia hadir dari negara Asia," jelasnya baginda.

Dalam masa sama, Tengku Abdullah juga percaya sekiranya berjaya berada di kerusi Exco ini, sudah tentu banyak kelebihan kepada bola sepak negara.

"FIFA sudah nampak bahawa Malaysia sebuah negara yang boleh majukan sukan ini.

"Sudah pasti akan memberikan banyak keuntungan kepada negara dalam soal pembangunan kejurulatihan serta pemain dan mendapatkan bantuan kewangan," katanya.

Tengku Abdullah bakal bertanding bersama lima calon lain bagi merebut tiga kerusi yang ditawarkan bagi slot Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) termasuk calon dari Thailand Worawi Makud yang sememangnya sudah berada di kerusi tersebut bagi penggal sebelum ini.

"Kalau boleh kita akan  berbincang semula strategi kerana terdapat dua calon dari Asean.

"Calon dari Thailand mempunyai kelebihan tersendiri, namun saya juga ada kelebihan sendiri. 'The best man win, and the best is me'," katanya. - mStar -

INFOKINI

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "PRESIDEN FAM BERTANDING KERUSI EXCO FIFA 2015 - 2018"

Back To Top