Dikuasakan oleh Blogger.

DIPANAH PETIR KETIKA JOGING

DIPANAH PETIR KETIKA JOGING


SETEMPAT

Titiwangsa : Seorang lelaki berusia 52 tahun menemuai ajal selepas dipanah petir ketika sedang berjoging di Taman Tasik Titiwangsa, petang semalam.

Menurut laporan Metro, Mangsa dikatakan sedang melalui jalan berhampiran pintu belakang Pusat Latihan Polis Jalan Semarak di taman tasik Titiwangsa sebelum satu dentuman kuat menyambar sebatang pokok kelapa yang kemudian terkena mangsa. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Saksi kejadian memberitahu, "mangsa sedang berlari di laluan itu sebelum petir menyambar. Sambaran petir itu turut mengakibatkan laluan joging itu pecah dan berlubang.

Menurut sumber, akibat kejadian berkenaan mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


Sumber memberitahu pihak berkuasa dan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan.

INFOKINI
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "DIPANAH PETIR KETIKA JOGING"

Back To Top