Dikuasakan oleh Blogger.

PIALA MALAYSIA 2014 : KEDAH HAMPIRI FINAL

PIALA MALAYSIA 2014 : KEDAH HAMPIRI FINAL


Peluang Kedah bagi menghampiri final kelihatan cerah, apabila berjaya menewaskan Pahang 3-1 pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2014.

Perlawanan yang berlansung di Stadium Darulaman itu, kedah mempamerkan aksi yang cemerlang dan konsisten dengan ledakkan 3 gol-nya mengatasi pahang dengan jaringan 1 gol. Keputusan itu memisahkan jurang buat Kedah menentang Pahang dengan agregat 3-1.

Kedah berjaya membuka tirai perlawanan apabila berjaya meraih gol seawal minit ke-9 menerusi pemain import mereka dari Korea Selatan, Namkung Woong dengan sepakan kencangnya dari jarak jauh.

Stadium Darulaman sekali lagi riuh dengan sorakan penyokong skuad Lang Merah apabila Muhammad Farhan Roslan meledak gol kedua mereka di minit ke-49.

Pahang terus terdesak mencari gol ditempat lawan untuk mengatasi jaringan pihak lawan. Namun, usaha mereka yang mempamerkan permainan yang terbuka dilihat tidak berhasil dengan halangan pertahanan Kedah yang kental.

Bagaimanapun, Matias Conti berjaya merobek pertahanan kental Kedah di minit terakhir perlawanan tanpa mengira penambahan masa menerusi sepakan percuma.

Kedah menganggap kedudukan 2-1 masih tidak memadai untuk bekalan Kedah ke Stadium Darul Makmur pada saingan kedua nanti, mereka terus mengubah corak permainan dengan menyerang.

Memasuki masa tambahan 4 minit, usaha mereka akhirnya membuahkan hasil selepas Khyril Muhymeen Zambri berada di kedudukan tepat untuk menyambar bola hantaran daripada rakan dipenghujung perlawanan.

Skuad Tok Gajah akan menerima kunjungan Lang Merah bagi menentukan tiket ke final pada separuh akhir kedua Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.

INFOKINI
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "PIALA MALAYSIA 2014 : KEDAH HAMPIRI FINAL"

Back To Top