Dikuasakan oleh Blogger.

PIALA MALAYSIA 2014: FELDA UNITED TUNDUKKAN JDT 4-3

PIALA MALAYSIA 2014: FELDA UNITED TUNDUKKAN JDT 4-3


SELAYANG: Pasukan dari liga perdana FELDA United FC, tundukkan juara liga super Johor Darul Ta'zim (JDT) 4-3 dalam saingan separuh akhir pertama, Piala Malaysia 2014 di Stadium Selayang, malam tadi.

Felda United selaku tuan rumah berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-7 menerusi pemain import Edward Junior Wilson, sebelum Ahmad Syamim Yahya menambah jaringan kedua sebelum babak permainan pertama tamat.

Memasuki babak kedua perlawanan, JDT bangkit memperolehi jaringan apabila Jorge Pereyra Diaz meledak masuk gol pertamanya pada minit ke-53. Selang 2 minit selepas jaringan pertama JDT itu, tekanan timbul buat pasukan Felda apabila mereka terpaksa bermain dengan sepuluh pemain akibat Mohd Nasriq Baharom diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan setelah menerima kad kuning kedua.

Pemain JDT dan Felda United cuba merebut bola
Sedar dengan tekanan yang baru dimiliki itu, dan juga jumlah gol yang masih tidak mencukupi buat bekalan pada separuh akhir kedua nanti, Felda United terus menambah lagi jaringan pada minit ke-61 hasil sumbangan Ndumba Makeche bagi meletakkan kedudukan Felda selesa di depan.

JDT terus terasak dengan keputusan jauh ditinggal dibelakang. Namun, selepas itu JDT tampil bangkit dengan kembali merapatkan jurang menerusi pemain gantian mereka, Luciano Figueroa pada minit-80 untuk gol kedua mereka.

Memasuki minit ke-90 perlawanan, JDT terus menggandakan jaringan apabila Jorge Pereyra Diaz sekali lagi meledak masuk bola ke gawang gol Felda United bagi menyamakan kedudukan kepada 3 sama.

Perlawanan dilihat hampir mencatatkan keputusan seri, namun, Felda United berjaya merobek lagi gawang gol JDT untuk gol keempatnya hasil jaringan Ndumba Makeche apabila kelekaan yang ditunjukkan oleh penjaga gol JDT, Al-Hafiz Hamzah.

Ndumba Makeche menjadi penyelamat buat Felda United dengan kejayaannya meledak dua gol sekali gus memisahkan jurang berdepan JDT.

Perlawanan separuh akhir kedua nanti, akan berlansung di Stadium Larkin, Johor pada 25 Oktober ini bagi menentukan tiket ke Final Piala Malaysia 2014.

INFOKINI
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "PIALA MALAYSIA 2014: FELDA UNITED TUNDUKKAN JDT 4-3"

Back To Top