Dikuasakan oleh Blogger.

5 HADIS PALSU & LEMAH YANG POPULAR DISEBARKAN

5 HADIS PALSU & LEMAH YANG POPULAR DISEBARKAN


Ramai di kalangan kita sering menggunakan hadis palsu ini, apatah lagi dalam berhujah dan menyebarkannya kepada orang lain. Dalam tidak sedar kita sudah berdusta atas nama nabi Muhammad SAW. Jangan kita ambil remeh temeh soal penyebaran hadis kerana ganjaran dosanya yang cukup besar. Namun, apakah 5 hadis palsu & lemah yang sangat popular disebarkan...?

Ini adalah 5 contoh hadis palsu dan lemah yang kian popular disebarkan di kalangan umat Islam.

1. “ Tuntutlah ilmu sampai ke negara China.” Ini adalah hadis PALSU. Sebahagian besar ulama hadis menyatakan ia adalah palsu. Ini adalah kata-kata rekaan dan kemudian pencipta hadis ini mengatakan ia adalah “sabda” Rasulullah.

2.Sembilan per sepuluh rezeki adalah dalam perniagaan.” Ini adalah hadis lemah (tidak sahih). Seorang ahli hadis iaitu Al-Albani menyatakan hadis ini sebagai dhaif.

3. “Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.” Hadis ini adalah hadis lemah (dhaif).

Nabi Muhammad pernah makan kenyang, tetapi tidak terlampau kenyang dan membahayakan diri. Ada hadis-hadis yang menjadi sokongan sebagai dalil untuk makan ataupun minum sampai kenyang (puas).

4.Barangsiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar maka tidak akan bertambah kecuali semakin jauh dengan ALLAH.” Ini adalah hadis palsu.

5.Seandainya hati orang ini khusyuk nescaya akan khusyuk juga anggota badannya.” Ini adalah hadis palsu. Salah seorang perawi (penyampai) dalam ‘sanad’ hadis ini dikatakan seorang pemalsu hadis. Malah ada ulama mengatakan ‘hadis’ ini sebenarnya adalah kata-kata seseorang.

Macam mana, terkejut bukan? " Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama seseorang. Barang siapa yang berdusta atas namaku secara sengaja maka hendaklah dia menempati tempat duduknya dari neraka."- Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim. Hentikan menggunakan dan menyebarkannya kerana besarnya dosa bagi orang yang mendusta atas nama nabi Muhammad secara sengaja ( sudah tahu akan kepalsuannya ).

Sebelum kita menyebarkan berita, atau lebih-lebih lagi berkaitan dengan ayat Al-Quran dan Hadis, hendaklah kita memastikan dahulu tentang kesalihannya. Jangan hanya disebarkannya dengan membabi buta sahaja.

Ayuh, kongsikan....

Sumber - Tazkirah.net
Infokini
Tag : Info
0 Komentar untuk "5 HADIS PALSU & LEMAH YANG POPULAR DISEBARKAN"

Back To Top