Dikuasakan oleh Blogger.

TIPS PULIHKAN BADAN SELEPAS PENAT BEKERJA

Tips Pulihkan Badan Selepas Penat Bekerja


Sehari suntuk menghabiskan masa dengan melakukan kerja yang menggunung ditempat kerja pasti memenatkan kita. Yelah dari awal pagi lagi kita bangun dan keluar menuju ke tempat kerja untuk melakukan tugasan harian kita. Balik pula lewat petang dan ada juga lewat malam. Boleh dikatakan hampir 24 jam kita menghabiskan masa kita dengan kerja. Lebih-lebih lagi bagi para ibu-bu yang berkerjaya. Bayangkanlah tugas dan pengorbanan mereka ini.

Bangun dengan seawal 5 pagi dan siapkan sarapan buat keluarga dan membuat persiapan anak-anak ke sekolah sebelum bersiap ke tempat kerja. Ditambah pula dengan traffic jam berjam-jam lamanya ketika perjalanan menuju ke tempat kerja, memang memberikan tekanan dan membebankan.Tiba pula di rumah, belum sempat menghilangkan penat bekerja terpaksa melayan kerenah anak-anak, suami/isteri. Sudah cukup membuatkan badan anda lemah hingga mendatangkan pelbagai risiko penyakit tanpa rehat yang mencukupi.

Badan yang penat dan lemah akan memberikan impak yang negatif terhadap prestasi kerja kita, dan seterusnya menimbulkan tekanan@stress.

Baiklah. Disini Infokini.My nak kongsikan beberapa tips untuk memulihkan dan mengembalikan badan kita ke tahap yang normal selepas penat bekerja.

MANDI AIR PANAS

Jika di rumah anda tidak ada sistem pemanas air mandian, apakata gunakan kaedah manual secara memasak air panas terlebih dahulu dan campurkan air panas tersebut sedikit dengan air yang bersuhu normal agar ia cukup berasa suam untuk kulit anda. Ia membantu dalam melegakan kaki yang penat dan sekaligus melancarkan peredaran darah dalam badan.

SENAMAN RINGKAS

Sebaiknya apabila setiba di rumah amalkan dengan melakukan aktiviti seperti bersenam atau paling tidak pun, menanam atau mengemas rumah. Ini kerana otak yang sudah penat bekerja di pejabat yang berhawa dingin boleh menyebabkan otak berfungsi dengan tidak baik. Senaman dapat menyalurkan oksigen kepada otak dan sekaligus badan akan cergas seperti sedia kala apabila badan sudah mengeluarkan peluh tatkala melakukan aktiviti di rumah.

MINUM AIR TEH HIJAU

Minuman berkhasiat yang diamalkan masyarakat cina ini mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan dan minda kerana ia diperkaya dengan antioksida. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

MINUM AIR LIMAU

Amalkan dengan meminum air bersama perahan limau sebelum masuk tidur. Gunakan lemon sebagai alternatif lain. Ia dapat membantu menangani penat badan agar keesokan harinya anda bangun dengan segar dan cergas.

MENGURUT

Lakukan urutan seluruh badan sekali sebulan sebolehnya. Jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif pada badan. Ia dapat menyegarkan kembali badan dan melancarkan peredaran darah.

Selamat beramal dan jangan lupa Sharing is Caring bersama rakan sekerja anda!

Infokini.My

Tags - Tips , Pulihkan badan @ tubuh , Penat Kerja , badan sihat otak cerdas , badan sihat minda cerdas , badan sihat hidup cergas.
Tag : Petua
2 Komentar untuk "TIPS PULIHKAN BADAN SELEPAS PENAT BEKERJA"

aku nak try buat yg kat dalam kuali tu la..mcm best jer org tu buat..haha

Back To Top