TAKTIK LICIK PENJENAYAH ATM
AWAS!! SEBARKAN INFO INI.
Baru-baru ini, sebuah penubuhan di bawah MOSTI iaitu CyberSecurity Malaysia telah menulis status di laman sosial facebooknya mengenai sejenis virus malware yang kini sedang giat digunakan oleh penggodam yang mensasarkan pengguna Maybank2U dan CIMB Clicks untuk mencuri wang dari mangsanya. Tetapi ini lain pula taktik yang digunakan penjenayah bagi mendapatkan wang.
Gambar yang terpapar ini adalah menunjukkan kedudukan peranti khas yang dipasang penjenayah pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dikesan baru baru ini.
'Skimming device' dipasang dengan memuatkannya pada slot kad menyerupai bentuk asal. Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna apabila kad dimasukkan.
Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang di bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang dalam akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan.
Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan mereka di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk mesin juruwang automatik ( ATM ) terutama yang terletak di bahagian luar bank. Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya terkesan alat mencurigakan di persekitaran.
Info oleh Polis DiRaja Malaysia, Pahang.
Infokini.My
Tags semata-mata : mesin atm dipecah
mesin atm menggunakan jaringan
mesin atm maybank
mesin atm adalah contoh jaringan
mesin atm bank rakyat
mesin atm dirompak
mesin atm bsn
cara menggunakan mesin atm
Tag :
Info
0 Komentar untuk "TAKTIK LICIK PENJENAYAH ATM"